Showing posts with label maklumat. Show all posts
Showing posts with label maklumat. Show all posts

Ady Putra pun kena Tipu - Ambil iktibar dari apa yang berlaku.

ADY PUTRA DITIPU LAGI

Siapa yang tidak kenal pelakon popular Ady Putra.Dengan gaya lelaki macho pasti ramai gadis yang terpesona dengan ketampanan beliau.Tengah hangat sekarang dalam drama "Cinta Si Wedding Planner" bergandingan dengan pelakon wanita baru yang cute lagi comel "Mira Filzah'' yang juga merupakan seorang blogger,pelakon,model dan pengacara.Baru aku nak layan drama "Cinta Si Wedding Planner" dah pun habis semalam.Kecewa betul aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jenis pekerjaan bayar Gaji Paling Tinggi Di Malaysia.

Jenis pekerjaan bayar Gaji Paling Tinggi Di Malaysia.

Saja nak share ni,tentang jenis pekerjaan yang bayar gaji paling tinggi di Malaysia.Bagi yang masih belum ada pekerjaan ataupun bagi yang masih tercari-cari kerja lain walaupun dah ada kerja,lepasni boleh cuba-cuba cari peluang pada jenis pekerjaan yang akan aku kongsikan sebentar saja lagi.Bagi yang kerja sendiri,aku nasihatkan teruskan berusaha.Jangan pulak cuba-cuba nak cari kerja lepas ni......Sapa yang tak nak gaji tinggi,Kalau boleh nak gaji tinggi kerja sedikit.Itu reality rakyat Malaysia.Rakyat negara lain aku tak tau la pulak macamana gaya kerja mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fenomena Selfie di Malaysia.

Berapa ramai yang suka ber selfie kat sini ,sila komen ''SELFIE'' kat bawah.Rasa-rasa ada ke orang nak komen.Mungkin ada yang masih tak tahu apa maksud Selfie kan.Aku cuma nak bagitau untuk yang belum tahu maksud Selfie.Bagi yang dah tahu baca diam-diam...haha...rileks jangan marah atau berkecil hati pulak ye.Gurau-gurau je tu.Okeylah Maksud Selfie menurut kamus Dewan adalah tabiat mengambil gambar sendiri dan senyum sorang-sorang ataupun bersama rakan-rakan.Kemudian hasilnya akan di postkan di laman-laman sosial seperti facebook,instagram dan lain-lain.Dengan tujuan untuk mendapat jumlah 'LIKE' ataupun komen nakal dari teman-teman.Aku pun kadang-kadang buat jugak benda ni.Sapa tak pernah buat?
Fenomena Selfie di Malaysia semakin menjadi popular ,Semenjak terciptanya senjata monopod kaedah untuk ber selfie menjadi semakin mudah dan rata-rata pengguna media sosial sudah ketagih untuk berselfie.

monopod paling laris
Monopod paling laris dipasaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menu Minum Petang Ubi Kayu.

Rasanya dah lama sangat aku tak menjamah makanan tradisional ubi kayu ni.Aku rasa kali terakhir aku makan masa tahun 2000 kot.Dah tak ingat aku.....Disebabkan aku tinggal kat kawasan kampung jadi untuk aku mendapatkan stok ubi kayu ni takda lah susah manapun.Cuma nya nak merasai nikmat makan macam orang-orang dulu jer.Kalau nak lagi sedap makan ubi kayu rebus cicah dengan sambal tumis dan minum air kopi 'O' panas.Lagi SYIOKK Kalau hujan.Pastinya terangkat.Jangan pandang rendah pada khasiat ubi kayu ni.Sebab mengikut fakta pemakanan Ubi Kayu mengandungi beberapa khasiat nya yang tersendiri.

ubi kayu terbaik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trend Micro Titanium Maximum Security 2014


Trend Micro Titanium 2014 telah dilancarkan pada 23 oct 2013 di Galactic Laser, Mid Valley. 

Kerana terlalu banyak pendedahan maklumat  peribadi dalam talian maka syarikat Trend Micro mengambil satu inisiatif dengan mencipta satu perisian anti virus  Titanium Maximum Security 2014 boleh digunakan pada 3 device  PC, Mac dan Android   pada satu harga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bajet 2014

Tahun 2013 sudah sampai ke penghujungnya.Nampaknya tak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2013 dengan pelbagai kenangan dan kisah suka duka.

Biasanya bila dah hujung-hujung tahun ni negara pasti akan membentangkan tentang bajet tahun depan iaitu bajet 2014.

Kita berharap agar Bajet 2014 lebih memihak kepada rakyat .Bukan lebih memihak kepada kronisme.
Antara yang bakal di bentangkan pada bajet 2014 nanti adalah :


 #Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam.
 "Kali ini kita minta lebih kerana kadar peningkatan kos di bandar sebagai contoh gaji RM3,000 masih dikategorikan miskin bandar," kata Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda.
  Cuepacs berpendapat kerajaan juga perlu menurunkan kadar peratus pinjaman perumahan daripada empat peratus kepada satu peratus.
  "Kebanyakan mereka tidak mampu membeli rumah kerana harga yang terlalu mahal. Kita mahu kerajaan mengurangkan kadar peratus pinjaman dan membina lebih banyak rumah mampu milik,"
  Cuepacs turut menyarankan kerajaan supaya tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

#Kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada langkah-langkah untuk menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.

#kerajaan juga merancang untuk menambah lebih banyak Klinik 1Malaysia serta Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang terbukti banyak memberi manfaat dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.

#Pusat Jagaan 1Malaysia bagi meringankan beban ibu bapa akan diwujudkan di semua pejabat kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) sebelum diperluaskan kepada syarikat swasta.untuk memudahkan ibubapa memantau anak-anak kecil mereka.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata akan memberikan  fokus kepada tiga perkara antarnya bajet untuk mentrasformasikan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), program pembangunan belia dan menaiktaraf kemudahan sukan seluruh negara termasuk gelanggang futsal yang uzur.

Khairy berharap kerajaan akan menyalurkan bajet tambahan untuk menjayakan tiga fokus itu.

 Ini adalah sebahagian daripada agenda-agenda yang bakal dibentang esok.semoga dapat manfaat untuk semua rakyat Malaysia.Bajet 2014 penentu masa depan rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat juga berharap supaya kerajaan memainkan peranan yang cemerlang untuk rakyat.Pakatan Rakyat  Melihat Laporan Audit Negara 2012, Pakatan Rakyat merasakan banyak program pembangunan dapat dijalankan jika RM20 bilion hingga RM30 bilion yang “hilang” dan “bocor” akibat pengurusan dana yang lemah & kurang amanah selama ini.

 Intipati Belanjawan 2014 Malaysia Pakatan Rakyat
  1. Dibina Lebuhraya Pan-Borneo yang menyambungkan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak secepat yang mungkin iaitu seawal tahun 2014
  2. Polis kabotaj yang melibatkan negeri Sabah & Sarawak perlu disemak semula bagi membolehkan harga kargo dan barang-barang yang dibawa masuk dan keluar boleh diturunkan
  3. Kemudahan air & elektrik di Sabah & Sarawak perlu diberikan perhatian yang lebih
  4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dihentikan
  5. Mengkaji dasar perbelanjaan kerajaan, terutama dalam kontrak dan perolehan peralatan
  6. Bagi mengekang lonjakan harga rumah, sistem cukai keuntungan hartanah (RPGT) pada tahap sebelum 2007 akan digunapakai , iaitu cukai berperingkat pada kadar 30% bagi tahun pertama sehingga cukai terendah lima peratus bagi penjualan pada tahun kelima.
  7. Peruntukan tambahan kepada sekolah aliran vernakular pada kadar RM300 bagi seorang pelajar setahun.
 Bajet 2014 akan dibentangkan pada 25 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat. Selain in, Datuk Seri Najib juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan olehnya bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

 “Pejabat dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini. Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita. Kerajaan berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini.

Datuk Seri Najib turut menyatakan bahawa tema perundingan belanjawan tahun ini ialah, Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aplikasi CellAds

Berita baik untuk semua pengguna smartphone.Jika anda download aplikasi CellAds pada smartphone,anda berpeluang untuk mendapat point.dan point tersebut boleh di tukar dengan pelbagai hadiah yang disediakan oleh CellAds.

Setiap kali anda terima panggilan dan sms anda akan dapat point.sangat mudah.dan setiap kali anda menjemput rakan anda untuk menggunakan  aplikasi ini anda juga akan dapat point.Jadi jangan tunggu lagi.Terus download sekarang!! Disini
atau boleh terus taip CellAds.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pulangan daripada sikap berjimat cermat




Mendisiplinkan diri untuk menyimpan wang setiap bulan bukanlah suatu perkara yg mudah bg mereka yg boros.cukup bulan dapat gaji .belanja apa sahaja.namun ,sebenarnya sikap ini harus diubah sebelum terlambat.perlu anda sedari bahawa tabungan amat penting untuk bekalan masa hadapan terutama pada waktu2 kecemasan.

disini saya beri sedikit info yg saya perolehi dari beberapa sumber untuk memberi panduan supaya anda dapat mencapai matlamat untuk menyimpan:-

1-TUNAI ADALAH YG TERBAIK
Biasakan membuat bayaran secara tunai utk setiap transaksi / pembelian .jgn terpedaya dgn skim2 belian ansuran,walaubagaimana menarik sekalipun syarat2nya ,jika anda tdk mampu membelinya ,jgn beli (penggunaan kad kredit hanya akan sekadar menanguhkan pembayaran sehingga hujung bulan sahaja).

2-LAKUKANNYA SENDIRI
Bersenam di rumah dpt mengelak timbulnya perbelanjaan utk perjalanan dan gimnasium.mengemop dan menyapu sekeliling rumah,vakum dan menyental lantai dan dinding bilik air dpt mengeluarkan peluh yg banyaksambil mbentuk susuk badan yg ideal.Daripada memanggil kontraktor dan dikenakan bayaran keatas perkhidmatan dan pengangkutan mereka,lakukan sendiri kerja2 baikpulih yg mudah seperti membetulkan paip yg rosak,engsel dan pemegang pintu yg rosak/longgar.mengecat semula rumah dan mengilat lantai jubin.sekurang2nya aktiviti2 ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan jika dibuat bersama2.dan dapat menjimatkan perbelanjaan anda.

3-BERJIMAT
Cuba kurangkan jumlah bil utility anda seberapa rendah yg boleh.disamping memastikan bahawa lampu dan kipas sentiasa dimatikan apabila tidak digunakan.batasi penggunaan telefon pada waktu kurang sibuk (6ptg - 6 pagi).gunakan gas dan bukannya elektrik utk memasak air.

4-MEMAKSIMUMKAN PENGGUNAAN
Sebenarnya byk barang2 keperluan yg boleh dimaksimumkan sebaik mungkin.gunakan minyak masak,kicap dan gula dgn jimat sehingga ke titisan yg terakhir.ubat gigi misalnya ,gunakan hingga habis sehingga tdk boleh dipicit lg.

5-KITAR SEMULA
Plastik beg drpd pembelian dipasaraya boleh digunakan utk mengisi sampah.kotak2 juga boleh digunakan untuk menyimpan barang2 yg tidak mudah rosak.

6-JUAL SEMULA
Anda juga boleh menjual semula barang2 dan kelengkapan rumah yg tidak diperlukan lg di pasar lambak.adalah menjadi satu kegembiraan apabila masih ada orang lain yg menghargai barang2 ini.yg mana masih lg dalam keadaan baik.menyewa ruang gerai dan menghabiskan masa seharian dipasar lambak bukan saja membantu anda melakukan kerja2 pembersihan ,tetapi juga dapat meningkatkan hubungan kekeluargaan.

7-SIMPAN
Cuba untuk menahan diri anda daripada membeli pakaian dan aksesori diri pada setiap bulan.beli apabila perlu sahaja ,sebagai contoh setiap 3 bulan sekali.
makan diluar juga dihadkan kepada gerai2 sahaja.makan malam yg mewah2 hanya dilakukan sempena perkara2 istimewa sahaja.usahakan untuk mengetepikan suatu jumlah yg tertentu iaitu iaitu sekurang2nya 10% daripada gaji anda untuk disimpan ke bank . Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersikap Tamak Apabila Orang Lain Berasa Takut

Sumber: The Bulletine Public Mutual

Pelabur terkenal Warren Buffet, dalam artikelnya baru - baru ini yang bertajuk “Buy America, I Am” yang diterbitkan pada 16 Oktober 2008 dalam New York Time, mengatakan yang berikut ketika menerangkan mengapa beliau mula melabur dengan banyak dalam saham ketika pasaran merosot baru-baru ini:

Saya membeli saham mengikut satu peraturan mudah: Rasa takut apabila orang lain bersikap tamak , bersikap tamak apabila orang lain berasa takut.

“Saya tidak dapat meramalkan pergerakan pasaran saham dalam jangka pendek. Saya tidak tahu sama ada harga-harga saham akan naik atau turun dalam masa satu bulan atau satu tahun. Walau bagaimanapun, pasaran mungkin akan naik, barangkali dengan banyaknya, sebelum sentimen atau ekonomi bertambah baik. Jika anda menunggu burung robin untuk menandakan kedatangan musim bunga, ia akan berlalu begitu sahaja.

“Kini mereka yang memegang wang tunai atau barangan bernilai setara tunai akan merasa senang hati. Mereka tidak sepatutnya berfikiran begitu. Mereka telah memilih satu aset jangka panjang yang teruk, yang tidak membawa apa-apa pulangan. Malah ia pasti akan susut nilai. Sememangnya, polisi-polisi kerajaan untuk mengurangkan krisis sekarang mungkin akan membawa inflasi dan mempercepatkan penyusutan nilai sebenar akaun-akaun tunai”. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...