Jenis pekerjaan bayar Gaji Paling Tinggi Di Malaysia.

Jenis pekerjaan bayar Gaji Paling Tinggi Di Malaysia.

Saja nak share ni,tentang jenis pekerjaan yang bayar gaji paling tinggi di Malaysia.Bagi yang masih belum ada pekerjaan ataupun bagi yang masih tercari-cari kerja lain walaupun dah ada kerja,lepasni boleh cuba-cuba cari peluang pada jenis pekerjaan yang akan aku kongsikan sebentar saja lagi.Bagi yang kerja sendiri,aku nasihatkan teruskan berusaha.Jangan pulak cuba-cuba nak cari kerja lepas ni......Sapa yang tak nak gaji tinggi,Kalau boleh nak gaji tinggi kerja sedikit.Itu reality rakyat Malaysia.Rakyat negara lain aku tak tau la pulak macamana gaya kerja mereka.


Sumber ini aku perolehi dari jobstreet,mereka ada membuat kajian tentang 10 sektor pekerjaan yang membayar gaji paling tinggi di Malaysia.Kajian menunjukkan kebanyakan pekerjaan dalam senarai 10 teratas cenderung  kepada bidang teknikal atau berasaskan sains.Calon-calon di peringkat eksekutif dengan pengkhususan dalam bidang perubatan,kejuruteraan,kewangan dan IT umumnya memperoleh di atas gaji purata  sebanyak RM2,800.Bagi peringkat pengurusan dan ke atas,pengkhususan seperti IT,sains dan kejuruteraan mendapat bayaran gaji yang lebih tinggi.

Kajian ini berdasarkan pada gaji ,Graduan Baru Bekerja ( Fresh Graduates)

1. Farmasi (RM 3 640)

2. Strategi Korporat ( RM 3 200)

3. Jualan- Perkhidmatan Kewangan ( RM 3 054)

4. Doktor  (RM 2 719) 

5. Jualan – Kejuruteraan / IT ( RM 2 612 )

6.  Geofizik ( RM 2 600)

7. Penerbangan  ( RM 2 533)

8. Sains Aktuari  (RM 2 475 )

9. Jualan -Korporat ( RM 2 456)

10. IT- Perisian (RM 2 452)


Eksekutif Junior

1. Doktor  (RM 3 899)

2. Proses Reka dan Kawalan (RM 3 898 )

3. Strategi Korporat (RM 3 800)

4.  Jualan- Perkhidmatan Kewangan (RM 3 729)

5. Kejuruteraan – Minyak dan Gas (RM 3 606)

6 . Kewangan- Kewangan Korporat  (RM 3500)

7. Farmasi (RM 3 470)

8. Penerbangan ( RM 3 475)

9. IT- Perisian ( RM 3 398)

10. Perundangan (RM 3 396)



Eksekutif Senior

1. Geofizik (RM 7514)

2. Doktor (RM 6903)

3. Kejuruteraan – Minyak dan Gas (RM 6353)

4. IT- Perisian (RM 5269)

5. Proses Reka dan Kawalan (RM 5086)

6. Latihan dan Pembangunan (RM 4964)

7. Farmasi (RM 4935)

8. Kejuruteraan – Elektronik (RM 4928)

9. Kejuruteraan – Mekanikal ( RM 4745)

10. Audit / Cukai  (RM 4721)



Pengurus (Manager)

1. Doktor (RM 9530)

2. Kejuruteraan -Minyak dan Gas (RM 9 462)

3. Penerbangan (RM 9 406)

4. Audit / Cukai (RM 9226)

5. Perbankan / Perkhidmatan Kewangan (RM 9100)

6. Geofizik (RM 8 938)

7. Penerbitan / Percetakan ( RM 8 650)

8. Kejuruteraan – Kimia (RM 8 545)

9. Kejuruteraan -Elektronik (RM 8 146)

10. IT-Perisian ( RM 8 112)


Pengurus Senior (Senior Manager)

1. IT -Perkakasan (RM 18 100)

2. Kawalan Kualiti / Jaminan (RM 17 768)

3. Geofizik ( RM 17 768)

4. Hartanah (RM 16 917)

5. Kejuruteraan -Elektrik (RM 16  503)

6. Penerbitan/ Percetakan (RM 16 500)

7. Strategi Korporat ( RM 15 606)

8. Kejuruteraan – Minyak dan Gas ( RM 15 307)

9. Jualan -Korporat ( RM 14 815)

10. Kejuruteraan Awam (RM 14 768)

* Senarai adalah berdasarkan gaji diberikan oleh majikan kepada JobStreet.com dari 1 Januari – 31 Ogos 2013.

* Keputusan kajian diterbitkan pada 15 Januari 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...