Fenomena Selfie di Malaysia.

Berapa ramai yang suka ber selfie kat sini ,sila komen ''SELFIE'' kat bawah.Rasa-rasa ada ke orang nak komen.Mungkin ada yang masih tak tahu apa maksud Selfie kan.Aku cuma nak bagitau untuk yang belum tahu maksud Selfie.Bagi yang dah tahu baca diam-diam...haha...rileks jangan marah atau berkecil hati pulak ye.Gurau-gurau je tu.Okeylah Maksud Selfie menurut kamus Dewan adalah tabiat mengambil gambar sendiri dan senyum sorang-sorang ataupun bersama rakan-rakan.Kemudian hasilnya akan di postkan di laman-laman sosial seperti facebook,instagram dan lain-lain.Dengan tujuan untuk mendapat jumlah 'LIKE' ataupun komen nakal dari teman-teman.Aku pun kadang-kadang buat jugak benda ni.Sapa tak pernah buat?
Fenomena Selfie di Malaysia semakin menjadi popular ,Semenjak terciptanya senjata monopod kaedah untuk ber selfie menjadi semakin mudah dan rata-rata pengguna media sosial sudah ketagih untuk berselfie.

monopod paling laris
Monopod paling laris dipasaran.
Fenomena Selfie ni bukan saja popular dikalangan remaja,tetapi melibatkan semua peringkat umur dari golongan remaja sehinggalah ke golongan atasan dan profesional serta ahli politik.Termasuk Perdana Menteri Malaysia sendiri.

selfie paling popular
Sempat lagi Ber selfie.

Fenomena Selfie ini sebenarnya sudah melarat keseluruh dunia.Tahukah korang yang selfie ini sebenarnya ada kesan buruk disebaliknya.Menurut Pakar psikiatri Amerika,selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri.Pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun.Betul ke fakta ni ataupun auta semata.Susah nak di sahihkan.Sebab sebelum ni ada kenyataan tentang share gambar makanan juga ada masalah mental.Sedangkan aku tengok elok je diaorang tu.Takda pun tanda-tanda sakit mental.
Walauapapun kenyataannya cuma kita kena lebih berhemah dalam berselfie ni,jangan sampai ter over.Buat biasa-biasa jer.Satu jer aku nak nasihatkan kat sini,kalau nak berselfie dan share di media sosial tu pastikan gambar dalam keadaan sopan dan menutup aurat bagi yang muslim.Bukan main tangkap muat je.Ingat banyak mata yang memerhati.Bukan apa,sekadar mengingati sesama kita.Bijak menggunakan teknolgi pasti banyak manfaat yang datang.SELAMAT BERSELFIE.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...