golongan muda lebih minat menabung
Ia berkata penduduk Malaysia yang berusia antara 18 dan 30 (28 peratus) merancang lebih banyak menabung dalam tempoh enam bulan akan datang berbanding pengguna yang lebih berusia antara 31 hingga 45 tahun (19 peratus), 46 hingga 55 (22 peratus) dan 56 tahun ke atas (15 peratus).
MasterCard dalam satu kenyataan berkata kaji selidik itu mendapati pengguna di Asia-Pasifik, Timur Tengah dan Afrika menabung untuk hari-hari sukar yang tidak dijangka dan mereka yang berusia di bawah 30 tahun lebih banyak menabung berbanding pengguna yang lebih berusia. Kaji selidik itu yang dijalankan antara 23 Mac dan 18 April, 2009, melibatkan 9,211 pengguna di 21 pasaran.
Antara inti pati bagi Malaysia ialah pengguna lelaki (24 peratus) bercadang untuk lebih banyak menabung berbanding pengguna wanita (23 peratus) dalam tempoh enam bulan akan datang. Keadaan tidak menentu juga menyebabkan 70 peratus pengguna Malaysia sama ada mengekal atau meningkatkan tahap tabungan mereka sebagai persediaan bagi perbelanjaan kecemasan yang tidak dijangka.
Pengguna Malaysia juga menabung untuk pelaburan (59 peratus), persaraan (52 peratus) dan membeli hartanah (28 peratus). Majoriti pengguna Malaysia (31 peratus) merancang untuk menabung antara 1-10 peratus daripada pendapatan mereka dalam tempoh enam bulan akan datang. Kaji selidik itu juga menunjukkan lapan daripada 21 pasaran di seluruh rantau ini, majoriti penggunanya merancang untuk lebih banyak menabung dalam tempoh enam bulan akan datang.
Menerajui senarai penabung ialah di Vietnam sebanyak 52 peratus, India (47 peratus), Emiriah Arab Bersatu (47 peratus), Afrika Selatan (47 peratus), New Zealand (46 peratus), Filipina (45 peratus), Qatar (44 peratus) dan Australia (43 peratus).
Kesilapan Dalam Mengurus Kewangan Umum
Sentiasa menangguh untuk memulakan system perancangan.
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak apa”, “Nanti dulu”, “Lepas kahwin”, “Bila anak dah besar” sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insurance perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.
Kesilapan 2 :
Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?
Kesilapan 3 :
Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada system atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?
Kesilapan 4 :
Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.
Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka “menyimpan” dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.
Kesilapan 5 :
Perlindungan Insurance yang tidak mencukupi.
Apabila memulakan satu system simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya sepeti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?
Kesilapan 6 :
Kegagalan menangani “musuh” wang yang utama iaitu inflasi
Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?
Kesilapan 7 :
Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.
Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insurans dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan bagi mengatasi dilemma kewangan anda?
TINDAKAN SUSULAN!!!
Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan sama ada merancang sendiri atau membuat temu janji dengan saya .
Bagaimana Menghadapi Kegawatan Ekonomi?
Sejak kebelakangan ini, memang hangat diberitakan tentang masalah “kegawatan ekonomi global”. Beberapa hari lepas, sebuah akhbar melaporkan bahawa seramai 140,000 pekerja mungkin akan diberhentikan kerja sepanjang tahun 2009 jika kegawatan ekonomi kekal berterusan tips kali ini ialah bagaimana anda boleh bertahan dan bersedia bagi menghadapi waktu-waktu sukar akibat kegawatan ekonomi ini.
1) Lindungi & Kukuhkan Punca Pendapatan Anda
Bagi mereka yang bekerja makan gaji, inilah masanya untuk anda meningkatkan prestasi kerja anda dengan cara melebihkan sedikit waktu bekerja, bekerja dengan lebih tekun, serta meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran anda. Jika anda seorang pekerja yang cemerlang, tiada sebab untuk pihak syarikat memberhentikan anda (kecuali kalau syarikat tersebut memang gulung tikar la). Ini kerana, anda adalah “aset” kepada syarikat.. memberhentikan anda adalah bermakna, mengurangkan “keuntungan” kepada syarikat.
Bagi mereka yang berniaga/bekerja sendiri, inilah masa untuk anda meningkatkan kualiti perkhidmatan/produk perniagaan anda. “Loyalti programme” seperti mewujudkan kad keahlian mungkin sesuai pada waktu begini.
2) Bersedia untuk diberhentikan / hilang punca pendapatan
Walaupun anda sudah bekerja keras untuk memastikan anda adalah aset bagi tempat anda bekerja, namun kadangkala, sesetengah perkara sudah ditakdirkan dan akan berlaku. Jadi, sebelum perkara yang tidak anda ingini itu berlaku, anda perlulah bersiap sedia, orang kata, “Jangkakan perkara yang tidak dijangka” . Mungkin, pada waktu ini anda boleh mencari semula dan mengemaskini fail-fail resume anda di samping mengenalpasti “lubuk-lubuk” pekerjaan yang baru.
Bagi mereka yang berniaga sendiri, inilah masa yang sesuai untuk anda menambahkan lagi kenalan & network perniagaan anda. Kerapkan diri untuk hadir ke majlis-majlis yang berkaitan perniagaan. Manalah tahu, mungkin anda akan menjumpai “peluang-peluang” serta “idea-idea” perniagaan yang baru disini.
3) Tambahkan Punca Pendapatan Anda
Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menambahkan punca pendapatan anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, mengorbankan sedikit masa anda berada di hadapan televisyen. Ramai orang yang memberikan alasan dan berkata.. ” Saya bukannya tak mahu buat.. cuma takde masa?”. Zaman sudah berubah, dunia dah maju, kini, sudah ada banyak peluang-peluang menjana pendapatan sampingan yang tidak memerlukan anda menghabiskan banyak masa. Antaranya adalah seperti menyertai program affiliate, berniaga di ebay, menjadi penulis bebas ataupun menjual ebook di internet.
Untuk lebih baik lagi, seelok-eloknya, pastikan punca pendapatan tambahan anda itu, adalah sesuatu yang passive.
4) Kurangkan Perbelanjaan Anda
Setiap kali menghadapi masalah kewangan, perkara pertama yang perlu kita lakukan, ialah mengurangkan perbelanjaan kita. Semak semula perkara-perkara yang perlu kita bayar secara bulanan, adakah ia boleh dihapuskan atau dikurangkan.
5) Semak Hutang Pinjaman Rumah Anda
Semalam, bank negara baru sahaja mengumumkan penurunan kadar OPR, dan perkara ini akan mempengaruhi penurunan BLR. Jadi, semak pinjaman rumah anda, adakah bank anda turut menurunkan kadar BLR mereka? Jika tidak.. mungkin inilah masanya untuk anda membuat survey “pakej-pakej” refinance yang disediakan oleh bank lain yang mampu menawarkan kadar faedah yang terendah.
Selepas berjaya membuat refinance, duit lebih yang diterima hasil refinance tersebut mungkin boleh digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang anda yang lain (kad kredit. Jangan sesekali gunakan duit tersebut untuk menambah liabiliti seperti membeli kereta baru, penghawa dingin baru ataupun perabot baru.
6) Mulakan Pelaburan
Ini pula adalah amat sesuai bagi mereka yang “berkemampuan” dan mempunyai duit lebih. Pada waktu kegawatan seperti ini, saham-saham mewah serta saham-saham amanah sangat murah, kadar faedah pinjaman untuk membeli rumah juga menjadi rendah. Jadi, inilah masanya untuk anda menambah kekayaan anda.
Itulah antara beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi bertahan di dalam situasi kegawatan ekonomi ini. Semoga maklumat kali ini memberikan anda sedikit manfaat dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini.
salam mesra.
