Showing posts with label kesedaran. Show all posts
Showing posts with label kesedaran. Show all posts

Merokok Cepat Tua?

Betul ke,ada orang kata merokok cepat tua?Selain mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan,berdasarkan kajian merokok juga boleh menyebabkan si perokok tu nampak cepat tua.Berdasarkan kajian di Sebuah Universiti di Twinsburg,Ohio.Bukan saya cakap ,tapi pengkaji tersebut yang bagitau.Fakta ni saya dapat kat salah satu laman blog diorang,saya tengok macam ok.So,saya pun update kat blog saya.Korang hisap rokok tak?Kalau tak hisap,Alhamdulillah bagus  dan kalau hisap saya rasa elok berhenti jer kalau boleh.Sebab bagi saya merokok ni adalah satu pembaziran dan membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang di sekeliling kita.Betul tak?Saya sebelum ni pun hisap rokok tapi hanya secara part time jer.Paling best hisap masa kat kenduri kahwin.Sebab masa tu banyak rokok free.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perkhidmatan Klinik Kerajaan Masih Perlu Diperbaiki

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog saya ni.Kali saya nak komen sedikit tentang perkhidmatan klinik kerajaan yang  pada saya masih perlu diperbaiki demi memenuhi keperluan rakyat.
klinik kerajaan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Warkah Dari My Mentor - Dr Azizan Osman.

Tundukkanlah Hatimu.... 


Alhamdulillah hari ini saya masih di USA untuk menuntut ilmu sambil melawat beberapa tempat di San Diego, Los Angeles dan Las Vegas. 

Kelas saya masih belum habis dan meeting tentang buku bersama dengan Jay Abraham mudah-mudahan membuahkan hasil. Saya juga mendapat maklumat menarik tentang saya bakal berpeluang untuk bercakap di hadapan graduan sebuah universiti terkemuka di dunia di sini pada bulan November nanti Insha Allah. Universiti yang berjaya melahirkan beberapa billionnaire yang tidak habis belajar. I Like. 

Sepanjang saya menghadiri pelbagai seminar, kursus dan berguru dengan pelbagai guru bertaraf antarabangsa dengan berbelanja bermula dari beratus dollar ke berpuluh ribu dollar sehingga ke beratus ribu dollar sejak saya muda seawal umur 18 tahun. Dari Bob Proctor ke Brian Tracy, Dari Tony Robbins ke Blair Singer dan Harv Eker, Dari Peter Lau ke James Greeves, Dari Yang terkenal ke yang tidak terkenal.p, dari guru bisnes ke guru kepimpinan, dari guru kerohanian ke guru amalan, dari guru luaran ke guru dalaman. Saya tidak pernah sekali menyalahkan mereka jika saya pernah gagal atau belum berjaya di dalam perjalanan saya mempraktiskan ilmu-ilmu mereka. Saya asalnya bukan berduit dan bukan berasal dari keluarga berduit. Tapi saya sedar, jika saya mahu merubah hidup saya, saya perlu belajar bukan dari mereka yang hanya pandai teori tetapi mereka yang telah terbukti berjaya. Saya perlu invest untuk belajar walaupun ianya tidak murah mengikut kemampuan saya ketika itu. 


Antara apa yang saya belajar akhirnya selama ini adalah, apa yang mereka ajar sebenarnya:- 

1- Kita jangan kurang ajar-
Ya, bila kita belajar, kita jangan bersikap kurang ajar. Hormati ilmu dan pengalaman mereka Mereka mengajar bukan kerana mereka ada Ph.D dari universiti tertua di dunia tetapi kerana mereka telah lalui jatuh bangun dalam bidang mereka dan mereka terbukti berjaya dan berjaya membantu ramai orang lain berjaya, walaupun ada juga yang belajar ilmu yang sama tetapi belum berjaya, bagi saya, itu sebenarnya masalah mereka sendiri.

2- Ikhlas menerima ilmu- 
Ya, nak belajar, hati mesti bersedia menerima. Jika kita rasa pandai, then kenapa kita tidak berjaya lagi? Mesti ada sesuatu yang kita belum tahu atau belum lakukan!

3- Kita kena yakin dengan diri sendiri dan yakin kepada Maha Pencipta- 
Ya, ada yang mengajar saya adalah bukan Islam dan ada yang muslim, tetapi saya dapati mereka mempunyai keyakinan yang tinggi kepada diri mereka sendiri dan mereka yakin dengan kuasa Tuhan! Kadang-kadang saya pun malu melihat segelintir muslim yang tidak yakin dengan kuasa Tuhan merubah hidup mereka dalam masa yang singkat. Apa yang kita percaya, itulah yang kita akan dapat!

4- Niat & Matlamat yang jelas dari mula- 
Ya, Kuasa Niat dan matlamat di dalam setiap apa yang kita lakukan. Jangan berniaga jika niat kita hanya untuk kaya, tetapi niat kita sepatutnya sentiasa mahu gunakan kerjaya atau perniagaan kita untuk membantu menyelesaikan masalah ramai orang lain dan menambah nilai hidup orang lain. Insha Allah anda "terpaksa" jadi kaya bila masalah orang anda boleh selesaikan.

5- Positif atau bersangka baik- 
Ya, Mat salleh guru saya semua cakap perkara ini dan guru mursyid saya pun cakap perkara ini. Tuhan mengikut sangkaan kita. Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan lakukan adalah ibarat doa kepada Dia dan Dia Maha Memakbulkan doa hambaNya.

6-Jangan, Jangan, Jangan berputus ada dengan rahmat Allah swt dan terus berdoa serta ikhtiar. 

7-Bantu orang lain untuk berjaya dan anda juga akan berjaya.

8-Bersedekah dan meyumbang kepada orang lain akan memudahkan doa anda makbul. Bila kita tunaikan harapan orang, Allah swt akan tunaikan harapan kita Insha Allah. 

9-Perbaiki hubungan kita dengan Allah swt, dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara.

10-Sentiasa muhasabah diri- Sentiasa check & balance di mana kita berada. Hentikanlah menyalahkan orang lain. 

Tundukkan hati di dalam menempuh hari-hari kita di dalam mencapai impian kita. Semakin kita tunduk, semakin banyak ilmu, rezeki akan mengalir kepada kita. 

Semoga sedikit perkongsian ini membuatkan anda berfikir dan berkongsi dengan ramai orang lain. Kejayaan hanya akan hadir kepada yang ada satu perkataan penting dalam hidup mereka iaitu "Yakin Boleh!" dan yakin Allahu Kun Fayakun, walaupun sebenarnya dalam hati tidak pasti bagaimana untuk mencapainya.... 

Jumpa saya di 4 lokasi terakhir Seminar Hidup Luar Biasa 2013 bersama Afdlin Shauki. Daftar 100% Percuma di www.HidupLuarBiasa.com. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 019/013-2442244/019-2442400.

P/S Tahniah buat anda yang bakal berjumpa dengan saya untuk sesi program 4-hari Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan@Menara PGRM, Cheras, KL dari 4-7 Julai 2013. 

Ilmu tidak menjamin kejayaan tetapi jika tanpa ilmu, adakah anda ada jaminan anda boleh berjaya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Loo Jo Yee - Gadis Cantik Bakal Paderi Ini Memeluk Agama Islam.

 Loo Jo Yee, siapakah gadis ini? Gadis ini menyimpan banyak cerita dan kisah suka duka dalam usaha nya untuk berhijrah dan memeluk agama Islam. Mari kita sama-sama kongsi kisah beliau.
 
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang, seseorang muallaf sudah tidak perlu untuk menukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah. Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik. Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian. Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
 
 
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak memberi semangat kepada beliau untuk berdoa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah. 

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar! Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
 
                                                                       -sumber-
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Di China, ibu yang melahirkan anak kembar 12 dipaksa memilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!

Di China, ibu yang melahirkan anak kembar 12 dipaksa memilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!



 
Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.
 
“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
 
 “Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.” “Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.
Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”
Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!
                                                   
                                                            -sumber-







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DILEMA PINJAM DUIT

Beberapa perkara yang  boleh anda lakukan adalah...
Pastikan setiap pinjaman anda mempunyai cagaran. Ya, sekiranya kawan nak pinjam RM500, minta sesuatu untuk anda pegang yang berharga lebih dari RM500 sebagai cagaran. Mungkin minta mereka set television mereka untuk anda gunakan sementara berhutang. Selagi hutang tidak di bayar, anda pegang set TV tersebut. Gunakanlah dibilik tidur anda sekiranya ruang tamu sudah ada TV. Dan sekiranya kawan anda hendak menonton TV, bayar dulu wang RM500 tersebut.

Jangan lupa, apabila seseorang meminjam wang anda, ia adalah salah mereka dan anda yang dalam kerugian. Sekurang-kurangnya dengan cara ini, anda mengimbangi keadaan.
Keduanya, lakukan perjanjian bertulis mengandungi jumlah yang dipinjam dan terma bayaran. Pastikan terdapat sejumlah wang dibayar setiap 1hb pada setiap bulan apabila mereka mendapat gaji. Jangan biarkan pinjaman hanya sekadar janji mulut sahaja tanpa terma dan jangkamasa bayar balik. Dengan mempunyai perjanjian sebegini ia memastikan anda serius dalam mendapat wang anda kembali. Sekurang-kurangnya ia merupakan bukti bertulis sekiranya kawan anda buat-buat lupa hutang tersebut.
Ketiga, ketahui apakah kegunaan wang yang dipinjam. Sekiranya untuk upgrade dari bawa motor kepada bawa kereta kerana inginkan kemewahan, anda boleh pertimbangkan sendiri berbaloi atau tidak untuk anda beri pinjaman. Ataupun ahli keluarga ingin meminjam duit untuk extension rumah. Perlukah saya jelaskan lagi? Ketahui apa yang akan digunakan dengan wang yang dipinjam bukan sahaja untuk anda membuat keputusan meminjam atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu wang anda tidak pergi ke perkara yang tidak elok dan membazir sahaja. Sebaiknya untuk mengawal keadaan pinjaman, anda sendiri membayar wang tersebut untuk kegunaan yang dikatakan.
Akhir sekali, jangan pinjamkan wang sekiranya anda sendiri tidak mampu. Anda telah bekerja keras untuk mendapatkan wang, jangan pula akibat meminjamkan wang kerana kasihan anda tinggal sehelai sepinggang. Jangan sehingga simpanan anda kering kontang. Nanti silap haribulan, anda pula yang makan nasi berlauk garam!
Tepuk dada, tanya selera apabila seseorang meminta pinjam wang. Terdapat berbagai kemudahan pinjaman wang melalui institusi kewangan sama ada untuk tujuan peribadi, membeli kereta, rumah, atau perniagaan. Mungkin keputusan terbaik anda adalah untuk menasihatkan kawan anda mendapat pinjaman dari institusi tersebut. Dan sekiranya mereka katakan mereka telah cuba tetapi tidak diluluskan, maka, satu lagi sebab anda perlu fikirkan. Sedangkan bank tidak meluluskan pinjaman mereka kerana tidak yakin dapat dibayar balik, masakan anda pula yang yakin mendapat wang anda kembali!

*Ekstrak artikel Irfan Khairi dari Harian Metro hari ini! Jangan lepaskan artikel IK setiap Jumaat di Harian Metro, Majalah Metro!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

golongan muda lebih minat menabung

Pengguna muda Malaysia terutamanya golongan lelaki merancang untuk lebih banyak menabung dalam tempoh enam bulan akan datang, demikian menurut satu kaji selidik MasterCard.
Ia berkata penduduk Malaysia yang berusia antara 18 dan 30 (28 peratus) merancang lebih banyak menabung dalam tempoh enam bulan akan datang berbanding pengguna yang lebih berusia antara 31 hingga 45 tahun (19 peratus), 46 hingga 55 (22 peratus) dan 56 tahun ke atas (15 peratus).
MasterCard dalam satu kenyataan berkata kaji selidik itu mendapati pengguna di Asia-Pasifik, Timur Tengah dan Afrika menabung untuk hari-hari sukar yang tidak dijangka dan mereka yang berusia di bawah 30 tahun lebih banyak menabung berbanding pengguna yang lebih berusia. Kaji selidik itu yang dijalankan antara 23 Mac dan 18 April, 2009, melibatkan 9,211 pengguna di 21 pasaran.
Antara inti pati bagi Malaysia ialah pengguna lelaki (24 peratus) bercadang untuk lebih banyak menabung berbanding pengguna wanita (23 peratus) dalam tempoh enam bulan akan datang. Keadaan tidak menentu juga menyebabkan 70 peratus pengguna Malaysia sama ada mengekal atau meningkatkan tahap tabungan mereka sebagai persediaan bagi perbelanjaan kecemasan yang tidak dijangka.
Pengguna Malaysia juga menabung untuk pelaburan (59 peratus), persaraan (52 peratus) dan membeli hartanah (28 peratus). Majoriti pengguna Malaysia (31 peratus) merancang untuk menabung antara 1-10 peratus daripada pendapatan mereka dalam tempoh enam bulan akan datang. Kaji selidik itu juga menunjukkan lapan daripada 21 pasaran di seluruh rantau ini, majoriti penggunanya merancang untuk lebih banyak menabung dalam tempoh enam bulan akan datang.
Menerajui senarai penabung ialah di Vietnam sebanyak 52 peratus, India (47 peratus), Emiriah Arab Bersatu (47 peratus), Afrika Selatan (47 peratus), New Zealand (46 peratus), Filipina (45 peratus), Qatar (44 peratus) dan Australia (43 peratus). Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...