Showing posts with label hutang. Show all posts
Showing posts with label hutang. Show all posts

DILEMA PINJAM DUIT

Beberapa perkara yang  boleh anda lakukan adalah...
Pastikan setiap pinjaman anda mempunyai cagaran. Ya, sekiranya kawan nak pinjam RM500, minta sesuatu untuk anda pegang yang berharga lebih dari RM500 sebagai cagaran. Mungkin minta mereka set television mereka untuk anda gunakan sementara berhutang. Selagi hutang tidak di bayar, anda pegang set TV tersebut. Gunakanlah dibilik tidur anda sekiranya ruang tamu sudah ada TV. Dan sekiranya kawan anda hendak menonton TV, bayar dulu wang RM500 tersebut.

Jangan lupa, apabila seseorang meminjam wang anda, ia adalah salah mereka dan anda yang dalam kerugian. Sekurang-kurangnya dengan cara ini, anda mengimbangi keadaan.
Keduanya, lakukan perjanjian bertulis mengandungi jumlah yang dipinjam dan terma bayaran. Pastikan terdapat sejumlah wang dibayar setiap 1hb pada setiap bulan apabila mereka mendapat gaji. Jangan biarkan pinjaman hanya sekadar janji mulut sahaja tanpa terma dan jangkamasa bayar balik. Dengan mempunyai perjanjian sebegini ia memastikan anda serius dalam mendapat wang anda kembali. Sekurang-kurangnya ia merupakan bukti bertulis sekiranya kawan anda buat-buat lupa hutang tersebut.
Ketiga, ketahui apakah kegunaan wang yang dipinjam. Sekiranya untuk upgrade dari bawa motor kepada bawa kereta kerana inginkan kemewahan, anda boleh pertimbangkan sendiri berbaloi atau tidak untuk anda beri pinjaman. Ataupun ahli keluarga ingin meminjam duit untuk extension rumah. Perlukah saya jelaskan lagi? Ketahui apa yang akan digunakan dengan wang yang dipinjam bukan sahaja untuk anda membuat keputusan meminjam atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu wang anda tidak pergi ke perkara yang tidak elok dan membazir sahaja. Sebaiknya untuk mengawal keadaan pinjaman, anda sendiri membayar wang tersebut untuk kegunaan yang dikatakan.
Akhir sekali, jangan pinjamkan wang sekiranya anda sendiri tidak mampu. Anda telah bekerja keras untuk mendapatkan wang, jangan pula akibat meminjamkan wang kerana kasihan anda tinggal sehelai sepinggang. Jangan sehingga simpanan anda kering kontang. Nanti silap haribulan, anda pula yang makan nasi berlauk garam!
Tepuk dada, tanya selera apabila seseorang meminta pinjam wang. Terdapat berbagai kemudahan pinjaman wang melalui institusi kewangan sama ada untuk tujuan peribadi, membeli kereta, rumah, atau perniagaan. Mungkin keputusan terbaik anda adalah untuk menasihatkan kawan anda mendapat pinjaman dari institusi tersebut. Dan sekiranya mereka katakan mereka telah cuba tetapi tidak diluluskan, maka, satu lagi sebab anda perlu fikirkan. Sedangkan bank tidak meluluskan pinjaman mereka kerana tidak yakin dapat dibayar balik, masakan anda pula yang yakin mendapat wang anda kembali!

*Ekstrak artikel Irfan Khairi dari Harian Metro hari ini! Jangan lepaskan artikel IK setiap Jumaat di Harian Metro, Majalah Metro!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pemberi Hutang Berhak Menuntut Hutangnya




Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Sesorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. Maka bersabda nabi s.a.w,:”Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!”. Berkata para sahabat:”Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.”Sabda baginda:”Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.” (Muslim)
Huraian:
Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan menerusi hadith daripada Uqbah bin 'Amir yang bermaksud: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya.”
Mereka berkata: “Apa itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Hutang.” Oleh itu Rasulullah mengajarkan kita sepotong doa yang bermaksud: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang.”
Maka dengan itu orang yang telah berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.
Membayar balik hutang sesungguhnya adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris.
Bukan itu sahaja Islam juga menjanjikan bahawa jika seseorang itu berhutang dengan niat untuk membayar, insya-Allah, Allah akan memudahkan ia membayarnya.
Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya sepertimana dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya."
Maksud ‘Allah akan membayarkan’ di sini adalah Allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah jika sebaliknya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...