Showing posts with label amaran. Show all posts
Showing posts with label amaran. Show all posts
Sindiket peminta sedekah
Semalam ketika aku memandu ke arah Klang,Aku dapat melihat susuk tubuh seorang lelaki tua dalam lingkungan usia 70 an kira warga emas.Jarak Lebih kurang 5 kereta di depan kiri dan kanan aku,lelaki tua tu bergerak dari satu kereta ke satu kereta menjual barang yang aku rasa dari 10 buah kereta yang dia pergi cuma 2 atau 3 buah kereta sahaja yang membuka tingkap dan menghulurkan sedikit wang kepada lelaki tua tersebut,sedangkan barang yang dijualnya satu pun tidak terjual.Terdetik rasa kesian aku melihat keadaan itu.Cuaca bukannya redup masa tu,panas terik,aku yang kat dalam kereta pun kepanasan walaupun aircond terpasang pada level 3.
DILEMA PINJAM DUIT
Beberapa perkara yang boleh anda lakukan adalah...
Pastikan
setiap pinjaman anda mempunyai cagaran. Ya, sekiranya kawan nak pinjam
RM500, minta sesuatu untuk anda pegang yang berharga lebih dari RM500
sebagai cagaran. Mungkin minta mereka set television mereka untuk anda
gunakan sementara berhutang. Selagi hutang tidak di bayar, anda pegang
set TV tersebut. Gunakanlah dibilik tidur anda sekiranya ruang tamu
sudah ada TV. Dan sekiranya kawan anda hendak menonton TV, bayar dulu
wang RM500 tersebut.
Jangan lupa, apabila seseorang meminjam wang anda, ia adalah salah mereka dan anda yang dalam kerugian. Sekurang-kurangnya dengan cara ini, anda mengimbangi keadaan.
Jangan lupa, apabila seseorang meminjam wang anda, ia adalah salah mereka dan anda yang dalam kerugian. Sekurang-kurangnya dengan cara ini, anda mengimbangi keadaan.
Keduanya, lakukan perjanjian bertulis mengandungi jumlah yang dipinjam
dan terma bayaran. Pastikan terdapat sejumlah wang dibayar setiap 1hb
pada setiap bulan apabila mereka mendapat gaji. Jangan biarkan pinjaman
hanya sekadar janji mulut sahaja tanpa terma dan jangkamasa bayar balik.
Dengan mempunyai perjanjian sebegini ia memastikan anda serius dalam
mendapat wang anda kembali. Sekurang-kurangnya ia merupakan bukti bertulis
sekiranya kawan anda buat-buat lupa hutang tersebut.
Ketiga, ketahui apakah kegunaan wang yang dipinjam. Sekiranya untuk
upgrade dari bawa motor kepada bawa kereta kerana inginkan kemewahan,
anda boleh pertimbangkan sendiri berbaloi atau tidak untuk anda beri
pinjaman. Ataupun ahli keluarga ingin meminjam duit untuk extension
rumah. Perlukah saya jelaskan lagi? Ketahui apa yang akan digunakan
dengan wang yang dipinjam bukan sahaja untuk anda membuat keputusan
meminjam atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu wang anda tidak pergi
ke perkara yang tidak elok dan membazir sahaja. Sebaiknya untuk mengawal
keadaan pinjaman, anda sendiri membayar wang tersebut untuk kegunaan
yang dikatakan.
Akhir
sekali, jangan pinjamkan wang sekiranya anda sendiri tidak mampu. Anda
telah bekerja keras untuk mendapatkan wang, jangan pula akibat
meminjamkan wang kerana kasihan anda tinggal sehelai sepinggang. Jangan
sehingga simpanan anda kering kontang. Nanti silap haribulan, anda pula
yang makan nasi berlauk garam!
Tepuk dada, tanya selera apabila seseorang meminta pinjam wang. Terdapat
berbagai kemudahan pinjaman wang melalui institusi kewangan sama ada
untuk tujuan peribadi, membeli kereta, rumah, atau perniagaan. Mungkin
keputusan terbaik anda adalah untuk menasihatkan kawan anda mendapat
pinjaman dari institusi tersebut. Dan sekiranya mereka katakan mereka
telah cuba tetapi tidak diluluskan, maka, satu lagi sebab anda perlu
fikirkan. Sedangkan bank tidak meluluskan pinjaman mereka kerana tidak
yakin dapat dibayar balik, masakan anda pula yang yakin mendapat wang
anda kembali!
*Ekstrak artikel Irfan Khairi dari Harian Metro hari ini! Jangan lepaskan artikel IK setiap Jumaat di Harian Metro, Majalah Metro!
sumber:Rahsia jutawan internet
Bahaya botol air dalam kereta
Peringatan Utk Wanita:
Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! !
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia ...
Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.
Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.
Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.
Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.
Wallahualam.

Subscribe to:
Posts (Atom)