Oklah back to merokok cepat tua tadi,mesti korang nak tau kan macammana diorang buat kajian tu.Di Twinsburg,Ohio pada setiap tahun diorang akan buat satu pesta untuk pasangan kembar disitu.Seramai 79 pasangan kembar akan datang kesana untuk memeriahkan pesta tersebut.Kebanyakkan pasangan kembar yang datang berumur dalam lingkungan umur 48 tahun.Secara profesional mereka telah memberikan kerjasama dalam kajian tersebut dan dengan senang hati membenarkan gambar mereka diambil.Disini saya tunjukkan gambar 4 pasangan kembar tersebut.Kebanyakkan mereka merupakan perokok tegar lebih 5 tahun.
Pasangan kembar yang sebelah kiri bukan seorang perokok dan yang sebelah kanan perokok.
Kedua-dua pasangan kembar ini merupakan seorang perokok,tapi pasangan yang sebelah kanan telah merokok lebih 17 tahun.
Pasangan kembar ini pula yang sebelah kiri tidak merokok dan pasangannya telah merokok selama 29 tahun.
Kedua-dua mereka menghisap rokok tetapi yang sebelah kanan telah merokok lebih lama dalam 14 tahun lamanya.
Apa yang diperhatikan dalam kajian ini adalah kesan rokok terhadap rupa mereka cuba korang tengok keadaan kulit muka perokok dengan bukan perokok,lagi lama merokok lagi banyak bezanya.Kulit menjadi lebih berkedut,terutamanya kedutan dibawah mata,dagu,leher,bibir dan dahi.Itu baru kajian dari segi luaran belum kajian kesihatan dari segi dalaman pulak.Kesimpulannya disini merokok memang tidak baik untuk kesihatan.Kalau korang merupakan seorang perokok,kalau rasa nak berhenti baik berhenti sekarang.Kalau belum ada rasa,buat secara perlahan-lahan demi orang yang tersayang.Kajian merokok cepat tua ni hanya dibuat sebagai aktiviti sahaja.Bukan untuk apa-apa tujuan lain.Cuma nak bagi kesedaran pada orang ramai betapa merokok ni memang tak elok.Kalau saya baik berhenti jer,selain dapat mengelakkan dari cepat tua dan menjaga kesihatan .Dapat juga menjimatkan duit belanja.Tepuk dada tanya selera.