Shopping ala kadar jer.Sebab ada banyak lagi tempat shopping nak pergi.
Disitu terdapat terdapat gerai makanan dan gerai-gerai menjual pelbagai jenis barang seperti pakaian,cenderahati,barang permainan,Gadjet sehingga ke karaoke.Ada lebih kurang 540 peniaga semuanya.So,memang seronoklah bila ramai yang meniaga.Orang jangan cakaplah.Memang terlalu ramai.Kalau korang naik kenderaan ada lebih kurang 400 tempat parking disediakan.Saya datang ke sana secara berkumpulan jadi kami naik bas yang disediakan lagi senang.Biasanya parking memang tak cukup.Pasar malam ini beroperasi sehingga pukul 1 atau 2 pagi.
Antara gerai makanan kat Shilin Market.
Salah satu kedai menjual kasut yang ada.
Sebelum terlupa ,makanan paling terkenal kat sini adalah Tauhu Busuk.Diorang kata lagi busuk lagi sedap.Tapi saya tak rasa pun.Memang tak selera kot nak rasa. Biasalah lain tempat lain caranya.Budaya pun dah lain.Tapi memang best shopping kat sini.Semua barang boleh dikatakan berkualiti.Sebab kat Shilin market ni kalau korang cari barang keluaran Made In China memang susah.Diaorang banyak jual barang Made In Taiwan.Orang-orang Taiwan lebih sukakan barang mereka sendiri berbanding barangan dari Negara China.Tengok diorang sendiri pun tak suka.Tapi kalau kat Malaysia,barang buatan China memang dah berlambak.Hampir enam puluh peratus saya rasa.Jadi kalau datang ke Taipei ,Taiwan jangan lupa untuk singgah tempat shopping di Taipei yang paling terkenal ni.Shilin Night Market.Boleh borong banyak-banyak.