Showing posts with label Taiwan. Show all posts
Showing posts with label Taiwan. Show all posts
Jalan-jalan ke Yehliu Geopark,Taiwan.
Rasa tak lengkap kalau datang ke Taipei,Taiwan tanpa singgah ke Yehliu Geopark ni.Terletak di pantai utara Taiwan di Kota Wanli.Kat sini terdapat berbagai-bagai jenis batuan yang unik dan menarik yang mungkin boleh membuatkan korang rasa pelik macamana kedaan ini boleh terjadi.Pelik atau tidak ini semua kuasa ALLAH.Tapi terus terang saya katakan memang best kat sini.Suasananya memang boleh membuatkan jiwa korang rasa lain macam kat sini.Kalau tak percaya boleh datang sendiri dan rasai.Ada lebih kurang 180 bentuk batu yang unik kat sini.
Tempat Shopping Di Taipei.
Kalau korang ke Taipei,Taiwan.Antara tempat shopping yang harus korang pergi adalah Shilin Night Market ataupun Shilin Market.Ia adalah antara tempat Shopping di Taipei yang paling terkenal dan terbesar sekali di Taiwan.Macam-macam barang ada di jual kat sini.Pokoknya sediakan saja duitnya.Pasar malam ini terletak berdekatan dengan pelabuhan di sungai Keelung.Dan pasar malam ini telah beroperasi sejak tahun 1909.Lama kan.Tapi memang meriah kalau shopping kat sini.Nak cuci-cuci mata pun boleh.Tapi bab nak makan tu ,baik korang abaikan jerlah.(Bagi yang muslim)sebab makanan kat sini banyak yang tak halal.So,berhati-hatilah yer.
Sun Yat Sen Memorial Hall Taipei.
Tidak sah sekiranya anda berkunjung ke Taipei, Taiwan jika tidak mengunjungi tempat-tempat bersejarah yang ada di sana.Antara tempat pertama yang menjadi persinggahan saya ialah The National Sun Yat Sen Memorial Hall .Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit dari Howard Hotel,Taipei dan 45 minit dari Taoyuan International Airport .Apa yang menarik tentang Memorial Hall Dr Sun Yat Sen ni?Memorial Hall ini menempatkan sebuah patung besar yang menyerupai Dr Sun Yat Sen,Patung tersebut diperbuat dari tembaga dan telah dibina sekitar tahun 1972. Beliau merupakan bapa pembangunan Negara China moden,beliau telah berjaya mengubah wajah Negara China menjadi lebih moden dan demokrasi.Dan telah membuat sistem demokrasi di Taiwan.Beliau telah meninggal pada tahun 1925.Tetapi namanya tetap menjadi keagungan Rakyat China dan Taiwan sehingga kini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

