Pintu masuk ke Yehliu Geopark.
Aksi mencium Queen's Head.
Ini antara batuan yang paling top sekali ia di gelar "kepala Ratu atau Queen's Head" ia berbentuk seperti Ratu Nefertiti.Saya tak sempat nak ambik semua gambar-gambar batu yang ada sebab ada lebih kurang 180 formasi batu yang ada .Bentuk ada macam-macam.
Masa berada kat kawasan ni korang kena berhati-hati,terutamanya yang bawak anak,sebab keadaan kat sini agak sedikit bahaya.banyak curam-curam yang dalam.
Kebanyakan yang datang kesini adalah pelancong dari pelbagai negara.Memang rasa rugi kalau tak datang kat sini.
Batu berbentuk Jamur.Ini semua terjadi secara semulajadi dari gabungan ombak dan angin .Menghasilkan pelbagai jenis bentuk batuan yang unik.
Keindahan pemandangan yang boleh dirasai disini.
Patung simbolik seorang lelaki yang ingin menyelamatkan seorang kanak-kanak yang lemas.Dia merupakan hero disini.Berdasarkan cerita yang diberitahu dia mati ketika menyelamatkan kanak-kanak tersebut.