Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Semakan Keputusan Peperiksaan Online
Pada tahun ini Para IbuBapa dan Penjaga Murid Sekolah Rendah dan Menengah boleh menyemak keputusan Peperiksaan anak masing-masing menerusi Komputer masing-masing secara Online.Semalam aku share pasal semakan KWSP secara Online harini cerita pasal semakan keputusan peperiksaan Online pulak.Nampak tak?Segalanya menjadi mudah sekarang.Semua urusan boleh dilakukan dihujung jari.Yang penting ada komputer dan Internet.Sebenarnya aku pun baru tahu petang tadi.Isteri aku yang beritahu,sebab harini ramai yang share pasal keputusan anak masing-masing di laman sosial Facebook.Sedangkan sekolah masih cuti.Rupanya boleh semak online.


Kebetulan aku tengah online,terus aku google semak keputusan peperiksaan online.Jumpa link ni http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ Aku terus klik dan mulakan semakan.Bagi yang tak tahu mari aku tunjukkan sikit caranya.Mudah je pun.Klik link yang aku bagi tu.Kemudian akan keluar paparan seperti dibawah pada komputer korang.

Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Ikuti langkah mudah untuk semakan.

Step 1 - Masukkan No IC atau No Mykid anak .
Step 2 - Pilih sama ada sekolah rendah atau menengah.
Step 3 - Pilih Tahun yang hendak di semak.
Step 4 - Tekan semakan laporan.

Paparan seterusnya.
Semakan Keputusan Peperiksaan Online

selepas tekan semakan laporan akan keluar paparan seperti diatas.

Step 1 - Sila pilih jenis peperiksaan apa yang hendak disemak.
Step 2 - Tekan salah satu dari paparan yang ada kat situ.Sama ada nak lihat keputusan ataupun nak lihat markah peperiksaan.

Semakan Keputusan Peperiksaan Online
Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Paparan sebegini yang akan keluar nanti.Mudah bukan.Jadi kepada yang belum mencuba lagi.Dah boleh cuba lepas ni.Dan boleh mulakan cucian kepada anak-anak sementara masih cuti sekolah ni.Jadi pesanan buat anak-anak, belajar lah rajin-rajin.Anda sentiasa di perhatikan di mana-mana.Selamat berusaha. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...