Peter Marvey : Magician Terbaik Dunia

Peter Marvey : Magician Terbaik Dunia

Baru-baru ini aku berpeluang untuk melihat sendiri secara live persembahan seorang Magician terbaik dunia ,Peter Marvey di Genting International Show room.Ini adalah pertama kali aku melihat persembahan magician dari luar negara.Sebelum ini kalau tak silap kali terakhir aku tengok persembahan magic secara live masa sekolah rendah dulu.Aku pun dah lupa namanya,kalau tak silap Abu Bakar rasanya.Masa tu silap mata yang di tunjukkan biasa-biasa jer.Berbeza dengan persembahan Magician Peter Marvey,Memang syok habis aku dibuatnya.Peter Marvey terkenal dengan gelaran Dream Flying,Dia mampu terbang dengan tujuh gaya yang pelbagai.Pasti korang akan rasa teruja masa tengok dia terbang. Peter mengambil masa selama tujuh tahun untuk mengkaji,merekacipta dan berlatih.Masa persembahan berlangsung tiada sebarang rakaman yang dibenarkan.Jadi gambar-gambar yang akan aku kongsikan disini adalah ikhsan dari cameraman Resort World Genting.



Magician Terbaik Dunia

Ini adalah di antara persembahan yang dipersembahkan kepada penonton.Badan dan kaki terputus dua.Memang awesome trick yang ditunjukkan.Peter Marvey akan berada di Resort World Genting bermula dari 28 May 2014 sehingga 24 November 2014.Jadi kepada sesiapa yang berkesempatan boleh tempah tiket anda sekarang.Memang tak menyesal kalau korang datang ke sini.Sesekali layan magic apa salahnya.

Magician Terbaik Dunia

Ini adalah persembahan terpantas sekali.Peter Marvey bertukar tempat dengan wanita yang berantai.Hanya beberapa saat sahaja mereka berdua telah bertukar tempat.Sebab itu aku bagi tajuk magician terbaik dunia.Ramai yang berkata ia adalah persembahan yang terbaik pada malam tersebut.Berbanding dengan aksi-aksi yang lain.Jom kita tengok apa lagi persembahan yang ada.Tema yang dibawa oleh Peter Marvey adalah Magician Without Limits.

Magician Terbaik Dunia
Magician Terbaik Dunia
Magician Terbaik Dunia

Ini adalah sebahagian dari persembahan pada malam tersebut.Kalau nak tengok lebih lanjut boleh datang sendiri tengok secara live.Baru best.Persembahan bermula pada pukul 9 malam sehingga 10.30 malam.
Okey harga tiket untuk masuk melihat persembahan magician Peter Marvey bagi Dewasa adalah RM118 untuk VIP,RM88 untuk PS1 dan RM48 untuk PS2.Dan bagi kanak-kanak pula RM68-VIP,RM48-PS1,RM28-PS2.Sekiranya korang pemegang kad reward genting diskaun 30% akan diberikan.Manakala bagi bukan ahli diskaun 15% akan diberikan.Tawaran ini sehingga 15 Jun sahaja.Kalau beli selepas tarikh ini harga biasa akan diberikan.Untuk maklumat lanjut sila rujuk disini . Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...