Sebanyak sembilan buah Rumah Kebajikan di Kuala Lumpur dan Selangor menerima bekalan Ayam Brand selama 2 bulan.Umum mungkin ramai yang sudah mengetahui bahawa produk Ayam Brand adalah jenama yang terkenal di Malaysia sejak 120 tahun lalu dengan rangkaian makanan dalam tin yang berkhasiat disediakan tanpa bahan pengawet dan tanpa MSG.Misi mereka pada tahun 2014 adalah ingin membantu sebanyak mungkin golongan yang kurang bernasib baik dengan memupuk idea kreatif melalui kempen Masyarakat Penyayang"Diet Sihat Untuk Kreativiti"2014.
Misi Ayam Brand pada tahun ketujuh ini bagi kempen Masyarakat Penyayang telah menyaksikan sumbangan produk untuk kegunaan harian selama 2 bulan ke 48 buah badan kebajikan di 10 wilayah seluruh Malaysia.Ia akan membekalkan kepada 2,200 orang anak-anak yatim,golongan kurang upaya dan warga emas.
Ucapan oleh YM Tunku Dato' Mu Tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed ,Chairman-Ayam Brand
Aku sangat berbesar hati kerana dapat turut serta dalam kempen ini.Nampaknya lepas ni Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor pun akan dapat sponsor dari Ayam Brand.Mana tau kan.Rumah-Rumah kebajikan yang berada di Penang,Johor,Perak,Kelantan,Terengganu,Kedah,Perlis,Negeri Sembilan,Pahang,Sabah dan Sarawak juga akan turut sama menerima sumbangan dari Ayam Brand.
Sedikit kata-kata perangsang dari artis,pereka dan komposer Fathullah Luqman Yusuff.
Fathullah berkata ''setiap insan kreatif dengan cara masing-masing.Walaubagaimanapun,jika kreativiti tidak dipupuk dan diberi ruang ia akan terbantut".Pada acara ini Fathullah telah menyediakan sebuah 'Pop-Art' iaitu sebuah gergasi tin Ayam Brand dan semua yang hadir berpeluang untuk memasangnya sehingga siap.
Pop-Art gergasi Ayam Brand
Wakil-wakil dari Rumah-rumah kebajikan
Antara produk Ayam Brand yang di sumbangkan
Ayam Brand terbaik