Tips Melancong ke Luar Negara.
Tips ni sangat sesuai untuk mereka-mereka yang baru first time nak melancong ke luar negara.Kalau korang dah melancong banyak kali,aku rasa tips ni dah tak berapa sesuai kot,bukan apa biasanya kalau orang yang dah biasa melancong ni,mereka pasti dah tau apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan.Betul tak?Aku harap tips melancong ke luar negara ni boleh dijadikan panduan untuk mereka yang memerlukannya.
1.Passport - Perkara paling penting sekali adalah passport. Sebelum pergi pastikan passport masih belum expired .Tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh hendak melancong.Buat persiapan awal.Takut nanti bila buat last minit macam-macam perkara boleh berlaku.
2.Nama bersih - Pastikan nama korang bersih dari rekod senarai hitam untuk ke luar negara.Banyak kes berlaku,Bila tidak dapat meneruskan penerbangan kerana nama telah di senarai hitamkan oleh kerajaan.Kebanyakkannya adalah kes Hutang PTPTN.Korang boleh check nama korang kat sini http://sspi2.imi.gov.my/
3.Bawa wang yang mencukupi - Adalah dinasihatkan supaya membawa wang secukupnya untuk melancong,elakkan membawa wang yang terlalu banyak.Tukar matawang mengikut negara yang ingin korang lawati.Tips ringkas- Seeloknya bawa sedikit wang USD sebab kebanyakkan negara lebih mudah menerima matawang Usd dari matawang RM.Jika nak guna debitcard atau kredit card sila maklumkan kepada pihak bank sebelum melancong.Bagi mengelakkan over transaction dan ini akan menyebabkan penggunaan kad tersebut akan disekat oleh pihak bank.
4.Tiket - Perkara kedua paling penting adalah Tiket.Tak guna kalau persiapan semua dah dibuat tapi tiket penerbangan masih belum dibeli.Seeloknya bagi yang merancang perjalanan awal beli tiket 6 bulan awal.Boleh dapat pada harga promosi ,so boleh berjimat kat situ kan.
5.Penginapan - Pastikan juga penginapan sudah di tempah.Jika korang melancong menggunakan perkhidmatan syarikat pelancongan mungkin tiada masalah.
6.Kesihatan - tips melancong ke luar negara yang ke enam ni pun agak penting juga. Pastikan kesihatan korang.Jaga makan minum dan jauhi aktiviti ektrem sebelum melancong.Apalah gunanya jika pergi melancong tapi kesihatan tak berapa baik.
7.Roaming - Jika korang guna postpaid biasanya memang dah set auto roaming.Untuk pengguna prepaid aku tak pasti.Tapi boleh check kat telco masing-masing.Atau pun korang boleh beli simkad kat negara yang korang nak melancong nanti.Lebih mudah rasanya.
8.Ubat-ubatan - Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti penyakit asthma,jantung dan lain.Pastikan bawa bekalan ubat yang mencukupi.
9.Bagasi - Semasa berada di lapangan terbang sentiasa awasi bagasi korang,jangan pernah tinggalkan bagasi korang.Bukan apa takut nanti ada yang cuba nak buat dajal dengan memasukkan barangan terlarang ke bagasi korang.Sebab ia mungkin berlaku jika dah nasib.Jadi berhati-hatilah.
10.Tinggalkan pesanan - Jangan lupa untuk beritahu jiran yang korang pergi melancong untuk beberapa hari.Sekurang-kurangnya jiran tahu yang korang tiada dirumah.so,bolehlah mereka tengok-tengokan rumah.
11.Keselamatan - Patuhi undang-undang negara yang korang kunjungi.Lain tempat lain caranya.Jaga keselamatan diri paling utama.
12.Ole-ole - Perkara asas bila melancong adalah ole-ole untuk kaum keluarga dan sahabat handai.Paling tidak key chain pun ok....sebagai kenangan.
Aku harap tips melancong ke luar negara kali ni dapat menjadi panduan buat semua.Kalau ada yang terkurang tu ataupun yang tersilap mohon dibetulkan.Sebab aku pun bukan teror sangat bab tips ni.