Sepanjang aku berkecimpung dalam dunia blogger ni.Event amal yang paling kerap aku hadiri adalah gabungan Antabax dan Giant.Untuk kali ini Antabax dan Giant telah bersatu hatu untuk menjayakan kempen ''1Hati'' Bersama Antabax dan Giant bagi memberi sokongan kepada Yayasan Jantung Negara atau lebih dikenali dengan nama Yayasan IJN.Aku rasa semua dah sedia maklum yang sakit jantung adalah pembunuh no 1 di Malaysia.Setiap tahun dilaporkan 8,000 penghidap baru sakit jantung.Dasyat tu.35% dari kematian yang dilaporkan melibatkan individu berusia bawah umur 60 tahun.
Showing posts with label kebajikan. Show all posts
Showing posts with label kebajikan. Show all posts
Program Jalinan Ramadhan 1435H - Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor.
Sempena bulan yang mulia ini,Aku selaku salah seorang ahli tetap Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor ingin memohon bantuan dari rakan-rakan Blogger untuk membuat hebahan terhadap program Jalinan Ramadhan yang akan diadakan tidak lama lagi.Semoga jasa baik korang semua mendapat Rahmat dari Ilahi.
Apa yang korang perlu buat untuk buat hebahan tentang Program Jalinan Ramadhan ini.Aku cuma minta korang buat satu entry ringkas tentang Program.Dan war-warkan di blog dan Facebook masing-masing.Mana tau dengan usaha kita ini dapat mengumpulkan sedikit Dana untuk mereka yang memerlukan diluar sana.in shaa allah.
Ayam Brand Lancar Kempen Masyarakat Penyayang.
Walkathon - Rose2Rose Walk For Humanity.
Berita baik untuk semua bloggers dan pembaca setia jaymiee dot com yang berminat dan suka buat kerja-kerja amal.Aku baru dapat email dari pihak Terbaek Network tentang Program kemanusiaan dan kebajikan ,Walkathon yang bertemakan Walk For Humanity yang akan diadakan pada 16 Mac 2014 (Ahad) di Padang Merbok,Kuala Lumpur yang di anjurkan oleh AQSA SYARIF BERHAD dan Ikram4Syria melalui sekretariat Rose2Rose (R2R).Untuk menjayakan program Walkathon ini pihak Rose2Rose mengangggarkan penglibatan seramai 2000 orang dari semua golongan.
Datuk Siti Nurhaliza bantu mangsa banjir.
Datuk Siti Nurhaliza antara artis yang turut serta membantu mangsa banjir di Pahang.Sebagai anak jati Pahang Datuk Siti Nurhaliza sama-sama merasai keperitan dan kesusahan yang di hadapi oleh mangsa banjir.Sebenarnya ramai lagi artis yang terlibat dalam program membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang ni.Tahniah saya ucapkan kepada semua yang begitu mengambil berat dan membantu sesama rakyat Malaysia.
Saya doakan semoga banjir cepat surut dan mereka boleh menjalani kehidupan seperti biasa.Dan satu yang saya harapkan ,supaya jangan ada pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas kejadian yang berlaku seperti contoh menggunakan alasan untuk mengumpul dana atas nama kebajikan untuk membantu mangsa-mangsa banjir ni.Tapi duit entah kemana.Harapan saya supaya mereka jujur dalam membuat sesuatu.
Saya doakan semoga banjir cepat surut dan mereka boleh menjalani kehidupan seperti biasa.Dan satu yang saya harapkan ,supaya jangan ada pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas kejadian yang berlaku seperti contoh menggunakan alasan untuk mengumpul dana atas nama kebajikan untuk membantu mangsa-mangsa banjir ni.Tapi duit entah kemana.Harapan saya supaya mereka jujur dalam membuat sesuatu.
Subscribe to:
Posts (Atom)



