Showing posts with label Nur Insaniah. Show all posts
Showing posts with label Nur Insaniah. Show all posts

Program Jalinan Ramadhan 1435H - Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor.

Program Jalinan Ramadhan 1435H -

Sempena bulan yang mulia ini,Aku selaku salah seorang ahli tetap Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor ingin memohon bantuan dari rakan-rakan Blogger untuk membuat hebahan terhadap program Jalinan Ramadhan yang akan diadakan tidak lama lagi.Semoga jasa baik korang semua mendapat Rahmat dari Ilahi.

Apa yang korang perlu buat untuk buat hebahan tentang Program Jalinan Ramadhan ini.Aku cuma minta korang buat satu entry ringkas tentang Program.Dan war-warkan di blog dan Facebook masing-masing.Mana tau dengan usaha kita ini dapat mengumpulkan sedikit Dana untuk mereka yang memerlukan diluar sana.in shaa allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor.

Alhamdulillah,setelah berbincang aku dan tiga rakan bersetuju untuk menubuhkan sebuah kelab kebajikan khas untuk membuat dan menganjurkan projek amal.Permohonan tersebut mengambil masa selama enam bulan untuk diluluskan oleh pihak R.O.S .Ini kerana permohonan pertama kami telah di tolak kerana alasan atau sebab untuk penubuhan kelab tidak kukuh.Jadi untuk permohonan yang kedua kami ad-on sebab penubuhan kelab.Alhamdulillah pada Januari 2014 permohonan tersebut telah di luluskan.Atas usaha keras salah seorang rakan kami beberapa dana kecil berjaya dikutip.Dan projek amal Kelab kebajikan Nur Insaniah Selangor yang pertama adalah memberi makanan percuma kepada warga gelandangan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman,Kuala Lumpur pada 28 Januari 2014 yang lepas.Program bermula pada pukul 11 malam sehingga 1 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...