Showing posts with label projek amal. Show all posts
Showing posts with label projek amal. Show all posts

Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor.

Alhamdulillah,setelah berbincang aku dan tiga rakan bersetuju untuk menubuhkan sebuah kelab kebajikan khas untuk membuat dan menganjurkan projek amal.Permohonan tersebut mengambil masa selama enam bulan untuk diluluskan oleh pihak R.O.S .Ini kerana permohonan pertama kami telah di tolak kerana alasan atau sebab untuk penubuhan kelab tidak kukuh.Jadi untuk permohonan yang kedua kami ad-on sebab penubuhan kelab.Alhamdulillah pada Januari 2014 permohonan tersebut telah di luluskan.Atas usaha keras salah seorang rakan kami beberapa dana kecil berjaya dikutip.Dan projek amal Kelab kebajikan Nur Insaniah Selangor yang pertama adalah memberi makanan percuma kepada warga gelandangan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman,Kuala Lumpur pada 28 Januari 2014 yang lepas.Program bermula pada pukul 11 malam sehingga 1 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...