Sepanjang aku berkecimpung dalam dunia blogger ni.Event amal yang paling kerap aku hadiri adalah gabungan Antabax dan Giant.Untuk kali ini Antabax dan Giant telah bersatu hatu untuk menjayakan kempen ''1Hati'' Bersama Antabax dan Giant bagi memberi sokongan kepada Yayasan Jantung Negara atau lebih dikenali dengan nama Yayasan IJN.Aku rasa semua dah sedia maklum yang sakit jantung adalah pembunuh no 1 di Malaysia.Setiap tahun dilaporkan 8,000 penghidap baru sakit jantung.Dasyat tu.35% dari kematian yang dilaporkan melibatkan individu berusia bawah umur 60 tahun.
Pelancaran Kempen 1Hati bersama Antabax & Giant
Dari kiri Mr.Francis NG - General Manager Lam Soon sdn Bhd,Ms Norine Erica Majaman - General Manager Giant dan Puan Ritzzawati Rosli - Manager Yayasan IJN .
Pada tahun 2010 jumlah kematian disebabkan serangan penyakit jantung mencecah 22,701.Angka ini bagi aku ia sangat membimbangkan dan agak kritikal.Serangan jantung adalah pembunuh senyap dalam diri setiap dari kita yang mempunyai jantung.....Siapa yang tiada jantung adalah selamat...haha.
Kempen ''1 Hati bersama Antabax dan Giant'' akan berlangsung bermula dari 1 Julai 2014 sehingga 30 Ogos 2014.Ia akan berlangsung selama 2 bulan.5 peratus dari hasil jualan Antabax akan disalurkan kepada Yayasan IJN.Dana yang berjaya dikumpulkan akan digunakan bagi membantu mereka yang menghidap penyakit jantung untuk tujuan pembedahan bagi yang kurang berkemampuan ataupun hampir tidak mampu.Jom beli produk Antabax.Bantulah mereka yang memerlukan bantuan dari kita semua.Produk Antabax boleh diperolehi di semua 128 cawangan Giant.Pergilah beli di Giant yang berdekatan dengan tempat tinggal korang.Semoga program ini mendapat sambutan dari orang ramai.