Aku harap rakan-rakan blogger yang dah baca berita ni mohon sebar-sebarkan kepada semua rakan-rakan blogger dan ahli keluarga yang lain bagi menjayakan program amal ini.
Maklumat lanjut
tentang Rose2Rose Walk For Humanity ini adalah seperti di bawah:
LATAR BELAKANG
Sekretariat Rose2Rose
di bawah Aqsa Syarif Berhad telah mensasarkan kutipan dana berjumlah
RM1.5 juta untuk disalurkan sebanyak RM500,000 kepada setiap negara iaitu
Palestin, Syria dan Rohingya. Projek dari wanita Malaysia untuk wanita dan
kanak-kanak di 3 buah negara tersebut telah dilancarkan pada Oktober 2013.
Pelbagai program penjanaan dana telah dilaksanakan iaitu Makan Malam Amal
Rose2Rose pada 7 Disember 2013 dengan kutipan RM600,000, bazar jualan amal di
MydinUSJ dan juga flashmob di sekitar Kuala Lumpur.
Bagi mencapai sasaran
tersebut, beberapa program lain dicadangkan termasuklah program walkathon amal.
Oleh itu, Sekretariat Rose2Rose mencadangkan agar program Rose2Rose
Walk For Humanity ini dilaksanakan bagi meneruskan usaha mengutip dana
tersebut.
OFFICIAL FB PAGE: https://www.facebook.com/myrose2rose
WEBSITE: http://aqsasyarif.org.my/
INSTAGRAM:
@rose2roseofficial
HASHTAG:
#walk4humanity
BORANG PENDAFTARAN: http://bit.ly/r2rwfh-form
Bayaran atau sumbangan boleh dibuat kepada:
AQSA SYARIF BERHAD
Maybank : 5515 7500 4299
CIMB : 1216 0000 452101
Bayaran atau sumbangan boleh dibuat kepada:
AQSA SYARIF BERHAD
Maybank : 5515 7500 4299
CIMB : 1216 0000 452101
Menjadi harapan besar
agar program kutipan dana melalui konsep walkathon ini dapat menembusi lapisan
masyarakat yang baru bagi meningkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan di Palestin,
Syria dan Rohingya. Sesungguhnya isu kemanusiaan merentasi bangsa dan
agama. Semoga Allah meredhai usaha kecil ini dalam membantu saudara-saudara
kita yang tertindas.
Sebarang pertanyaan
atau maklumat lanjut,boleh hubungi Cik Fateen Najlaa di
017-3503382 atau email kepada najlaanor@yahoo.com.
Bagi yang berkesempatan jom beramai-ramai ke Padang Merbok,Kuala Lumpur pada 16 Mac 2014.
Sumbangan kerdil kita
bagi meringankan beban saudara-saudara di Palestin, Syria dan Rohingya. Saat
nanti Allah bertanya apa yang telah kita buat, kita ada jawapannya.