Pizza sedap Chef Rina.

pizza sedap

Sejak kebelakangan ni selera makan aku lain macam sikit.Pantang jumpa makanan pasti aku sambar.Diam-diam berat badan dah up beberapa kilo ni.Bila la agaknya nak berdiet.Cita-cita tu ada tapi semangat tiada.Semangat yang hilang.Kali ni menu minum petang aku Pizza Chef Rina buatan Bumiputera dan ia diedarkan oleh Family Pastry Bakery,Beralamat di Puchong.Mana aku dapat pizza ni?Sebenarnya kawan aku yang jual.Dia datang kat office promosi pizza ni kat aku.Nampak macam sedap,So,aku pun cuba yang perisa ayam.Pizza ni ada empat rasa pizza ayam,pizza seafood,pizza tuna dan pizza daging.

Sebelum ni aku tak pernah makan pizza selain dari Pizza Hut,sebab aku memang tak reti makan pizza..haha..kesiankan aku ni...makan pizza hut tu pun sebab isteri dengan anak-anak yang suka.aku cuma sebagai pengikut jer.Tapi itu cerita dulu,sekarang aku tak bole tengok pizza.Mesti nak makan.Paling kurang makan dua potong.

pizza paling sedap

Disebabkan pizza ni buatan bumiputera,dah memang sah la halal kan.Makan tanpa was-was.Sebelum masuk oven aku keluarkan dulu pizza dari plastik yang dibungkus rapi ni.Disebabkan terlalu excited nak masak aku terlupa nak snap gambar pizza selepas buka plastik tu.Terlepas sudah..haha...

Cara pemanasan Pizza

kotak pizza

Nak masak tak susah cuma ikut jer panduan yang ada pada kotak pizza ni.kat kotak tu ada dua cara pemanasan samaada guna ketuhar atau microwave..pada aku sama jer kot...bab masak-masak ni aku ikut mana yang mudah jer....Apa yang penting pizza masak dan boleh dimakan.Ingat yer itu cara pemanasan pizza bukan cara membuat pizza.In shaa allah lain kali kalau aku buat  pizza tu aku kongsi sekali resepi buat pizza sendiri kat sini yer.Sekarang masih belum berkesempatan lagi.

Pizza gebu

pizza popular

Selepas dipanaskan selama 15-20 minit.Gebu betul pizza ni.Sangat menyelerakan.Memang sedap.kalau tak percaya boleh cuba sendiri.Aku potong kepada lapan bahagian pizza ni.Cukup-cukup untuk sekali makan jer....nak masak sekali dua takut tak habis.membazir pulak nanti kan.Sapa-sapa yang tinggal kawasan Puchong tu boleh cuba rasa sendiri.Kalau yang kawasan luar tu boleh call no tertera pada kotak.Meh kita sokong produk bumiputera dan produk halal.

Untuk yang tinggal di kawasan Klang Banting kalau nak rasa pizza ni boleh terus hubungi saya di talian Hotline 012 2676091
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...