Mana nak cari Nasi Kukus paling sedap kat Shah Alam?Aku bagi cadangan kat korang ni.Kalau nak makan Nasi Kukus korang cuba cari kat kampung batu 7,Jalan Kebun seksyen 32 Shah Alam.Dulu kawasan ni kawasan Klang.Sekarang dah masuk teritory Shah Alam.Lokasinya kat sebelah jambatan utama nak masuk Kampung Jalan Kebun.Nasi kukus cik ros namanyaAku dah tiga kali beli masuk kali ni.
Apa yang bestnya nasi kukus ayam berempah kat sini,ayam dia besar,memang puas kalau makan sorang.Dah la ayam besar,harga cuma RM5 jer.Bukan setakat murah,rasanya pun sedap.Bagi aku ini memang Nasi kukus paling sedap pernah aku makan.Bukan nak puji sangat pun,tapi itulah realitinya.Hari ni aku bernasib baik sebab orang tak berapa ramai.
Kalau ikut kan kena beratur panjang nak beli nasi kukus ni.Mungkin aku terawal sikit harini kot.Kali pertama aku makan nasi kukus ni masa kat cherating,Itu lah kali pertama aku kenal nasi kukus ayam berempah.Selepas dari tulah aku tak boleh jumpa.Pantang jumpa aku mesti beli.Lagi-lagi kalau sedap.memang berulang kali aku beli.Tapi bukan la dalam masa terdekat.Dalam seminggu sekali.Ataupun sebulan sekali.Kalau kerap sangat nanti jemu.
Kalau korang nak cuba-cuba rasa,cari jer nasi kukus Cik Ros,Ataupun korang tanya je orang-orang kat kampung Jalan Kebun tu,mesti diaorang tau..Sebab kat kawasan tu nasi kukus cik ros paling popular sekali.Sapa yang tak tau dia orang baru la tu....