Teh Pakistan,Teh terbaik.

Teh Pakistan,Teh terbaik.
Sapa pernah minum teh pakistan?Aku masa first time minum dan terus tertarik dengan rasanya,lemak berkrim disukai ramai.Kenapa namanya Teh Pakistan?Itu aku tak tahu kenapa boleh dapat nama tu.Mungkin orang Pakistan kot yang mula perkenalkan teh ni.Brother yang terror buat teh pakistan ni namanya Mr Zubir setiap kali dia datang kat rumah abang aku mesti dia buat teh pakistan ni.Aku pun macam dah ketagih pulak,tak boleh dengar dia buat,aku mesti nak minum.Menurut Mr Zubir.Jika kita boleh amalkan minum teh ni,dia boleh menurunkan berat badan secara total,boleh caya ker?Entahlah aku pun tak amalkan sangat.

Tapi bila aku tengok badan Mr Zubir tu memang slim,Mungkin kesan minum Teh pakistan ni kot......Antara kebaikan lain teh ni,ia dapat mengeluarkan angin dalam badan.Jadi awas yer,kepada yang banyak angin dalam badan tu.Kalau dah minum teh pakistan dan terasa nak buang angin sila cari tempat yang selamat.haha.Bagi aku Teh Pakistan adalah teh terbaik yang pernah aku minum.
Okey kepada yang belum pernah rasa dan nak cuba buat teh ni,Meh aku bagi menu dia.Senang je nak buatnya.Okey pertama-tamanya,Sediakan bahan-bahan dulu
  • Susu cair (2 tin untuk satu jug)
  • Buah pelaga 1 paket (rm2)
  • Teh Lipton 7 uncang (paling sesuai)
  • 4 sudu besar gula
Teh Pakistan,Teh terbaik.Teh Pakistan,Teh terbaik.buah pelaga




Okey bahan-bahan dah ready,Jom kita buat Teh Pakistan.Caranya,masak air barsama buah pelaga sehingga mendidih,Bila dah mendidih baru masukkan 7 uncang teh,gula dan susu cair.Mudahkan.Lepas minum panas,fuh terangkat beb......Tak percaya boleh cuba.

Teh Pakistan,Teh terbaik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...