Tabiat Rakyat Malaysia yang biasa kita jumpa.

Assalamualaikum.......

Lepas balik dari interbiu sukarelawan untuk program kelas harapan nurinsaniah tadi,tiba-tiba datang idea nak kongsi dengan korang semua.Aku rasa korang pun dah biasa dengan suasana atau keadaan ini.Aku nak share sikit pasal tabiat rakyat Malaysia.Bila sebut rakyat Malaysia tu maksudnya apa?maksud kita semua mungkin pernah lakukan tabiat-tabiat ni.Jangan pulak menudung jari ye.haha.okey lets move...
Tabiat yang pertama:
Tabiat Rakyat Malaysia
Aku rasa tabiat ni antara yang paling popular sekali.Tabiat ni bagi aku boleh dikategorikan mungkir janji.Janji nak datang pukul lapan.Tapi datangnya pukul 10.Bila kawan-kawan call,perkataan yang sering keluar dari mulut "okey kejap on the way ni" padahal belum gerak lagi pun.Dan bukan itu sahaja ada lagi perkataan keramat dalam berjanji ni "lagi 5 minit aku sampai ataupun 10 minit" kepada yang selalu buat tabiat ni aku harap sudah-sudahlah.Hargai masa orang lain.Jangan suka buang masa orang.Penantian satu penyeksaan tau.

Tabiat yang kedua:
Tabiat Rakyat Malaysia
Ambil gambar makanan.Suasana ni sering terjadi ketika di restoran dan kedai-kedai makan.Semenjak tercipta era smartphone dan internet.Pantang nak makan mesti ambik gambar makanan dulu.Kenapa ye?Aku sendiri pun tak faham kenapa.Ada orang kata,siapa yang suka ambil gambar makanan dia ada masalah mental.Tapi pada aku okey jer.sebab sebagai seorang blogger perkara ni normal,ialah takkan bila ada food review,nak buat kering je.Kena la ambik gambar makanan tu kan.Kalau tak sia-sia jer tauke restoran tu panggil blogger bagi makan free dan bagi bayaran ,tapi tak anbik gambar makanan.

Tabiat yang ketiga:
Tabiat Rakyat Malaysia
Pantang ada SALE!!mesti nak shopping.konon boleh dapat harga murah..pada aku tak payah nak kejar sangat jualan-jualan murah tu.Bukan murah sangat pun.Padahal bukan guna sangat barang-barang tu.Semua ikutkan nafsu je.Kalau nak dikutkan SALE!!tu habis kering poket ni.Ialah dalam setahun aku rasa lebih dari lima kali kot jualan murahnya.Ini semua strategi.Tapi kalau ada yang masih nak pergi shopping silakan.Bukan duit aku pun kan.

Tabiat yang ke empat:
Tabiat Rakyat Malaysia
Suka melintas jalan walaupun masih ada kenderaan yang bergerak.Lepastu boleh selamba angkat tangan suruh kenderaan tu slow.Apa ingat tu kenderaan plastik ke?Macamana kalau kenderaan tu tak sempat brek.Sapa yang susah?Dah tentu diri sendiri kan.Apa salahnya tunggu sebentar,bagi kenderaan tu lepas dulu.Dalam erti kata lain kesabaran itu perlu.

Okeylah aku rasa cukuplah empat tabiat ni,Sebenarnya ada banyak lagi Tabiat-tabiat yang sering dilakukan oleh kita semua.Tapi yang bestnya,kesemua tabiat ni dah jadi semakin biasa.Sebenarnya ia perlu dibendung.Ada baik dan ada buruknya.Jadi pandai-pandailah korang uruskan sendiri tabiat-tabiat korang tu yer.Sebenarnya banyak tak baiknya tabiat tu semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...