Bila teringat masa zaman mula-mula pakai kereta dulu sekitar tahun 2000,memang best masa tu.Walaupun kereta tu tak la canggih mana pun.dan tak la besar mana pun.Tapi kalau beli sesuatu tu dengan hasil titik peluh sendiri memang rasa best sangat.Nak dijadikan cerita sebab terlalu syok sangat ada kereta baru masa tu,umur baru 22 tahun.Jiwa remaja lagi.Bak kata orang baru dapat kunci kedewasaan.So,apa lagi.Paling menarik aku pernah buat pukul 12 malam lepas main badminton aku pakat-pakat dengan tiga orang lagi pergi ke Melaka malam itu juga.Aku tinggal kat Kampung Sijangkang dalam kawasan Telok Panglima Garang.
Perjalanan ke Melaka mengambil masa tiga jam lebih kurang,Masa tu kira First time aku keluar kawasan,kira gamble je ni..yang lain pun sama je.Main redah je.Sampai Melaka kat Pusat bandar tidur dalam kereta sebeb dah letih lebih kurang pukul 4 pagi.Bangun sarapan pagi dan balik semula ke rumah di Sijangkang...best tak? Pergi Melaka semata-mata nak sarapan pagi jer.....tu pun makan nasi lemak jer...Sampai rumah mandi dan keluar makan tengahari di KLCC....makan nasi lauk ayam + sayur dengan air teh 'o'limau ais....RM9 masa tu ..kira mahal kan..tahun 2000....
Baru bukak cerita pasal pengalaman lupa parking kat Mid Valley....Masa tu aku pergi berdua kat situ...lepas parking aku terus keluar tanpa tengok no tiang...kira macam confident,ala-ala otai.Lepas berlegar-legar tanpa arah kat dalam Mid Valley terus ke parking....masuk-masuk parking tengok tempat tadi kereta dah hilang,muka masing-masing dah cuak....hilang darah seketika.Pucat lesi muka.Aduh keretaku hilang....rupa-rupanya salah parking,kira lupa parking la ni..tu pun pak cik guard explain sebab dah ramai orang yang macam aku rupanya....setengah jam jugak baru jumpa..Selepas dari tragedi tu.aku pastikan akan snap gambar tiang yang bernombor.....tak mahu sejarah berulang lagi...korang pernah jadi macam aku tak?