Aku tengok sekarang ni,Budaya meletakkan papan iklan atau pun banner iklan untuk mempromosikan pelbagai benda termasuk barangan dan pekerjaan dah menjadi semakin tak terkawal kot.Mana taknya cuba korang tengok pada gambar kat atas,Adakah relevan iklan-iklan sebegitu.Aku rasa macam semak mata.Mungkin betul niat nak mempromosikan sesuatu.Cuma pada pendapat aku lokasinya tak sesuai langsung.Aku rasa tak ramai pun yang tengok sebab semak mata kalau tengok.Langsung tak tersusun dan ada pulak tu yang kecik-kecik.Kalau aku jadi pihak berkuasa tempatan.Aku bagi syarat saiz yang sesuai untuk papan iklan.
Biar besar dan susunan tu biarlah smart sikit.Ni aku tengok serabut sangat.Dah carca marba tempat tu.Kalau besar lepas tu terang kan senang orang nak baca.Ni dah la kecik,Tulisan halus.Letak kat tengah-tengah iklan yang besar-besar.Langsung jadi syok sendiri.Kadang tu ada setengah tempat aku tengok ada juga papan iklan yang dah lusuh.Iklan jawatan kosong rasanya.....Kepada pihak berwajib,tolong la tanggalkan iklan-iklan yang dah expired.Kenapa malas sangat,haha..sedap je aku kata orang malas....
Okeylah,ringkasannya.....Industri iklan di Malaysia dah semakin berkembang maju.Dan tak mustahil dah ramai yang hidup senang dengan industri iklan ni.Antara iklan tradisional dengan iklan moden masing-masing ada kekuatannya yang tersendiri mengikut apa yang hendak diiklankan.Begitu juga dengan iklan alam maya,Ramai yang dah mengaut keuntungan.Bagi blogger pulak ramai yang dah top dan banyak masyukkk....tahniah buat korang kerana bijak mengambil peluang yang ada.Macam aku ni,baru je nak menjinakkan diri dalam industri blogging...Mana tu ada rezeki lebih kat sini.