Obama Melawat Masjid Negara.


Obama Melawat Masjid Negara.

Presiden Barak Obama tengah sedang bertafakur ketika menziarahi makam pahlawan di Masjid Negara Kehadiran Obama di Masjid tersebut disambut  mesra oleh Imam Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dan Jawatankuasa masjid.Aku sebenarnya tiada apa-apa pun isu yang nak dikupaskan disini tentang lawatan Barak Obama Ke Malaysia dan Ke masjid Negara ini.Aku selaku rakyat Malaysia cuma berharap agar Lawatan Ini akan membawa perubahan dari segi ekonomi dan boleh menguatkan lagi hubungan dagang antara AS dan Malaysia.Dan yang lagi penting agar kes MH370 dapat diselasaikan dengan segera.


Sebab banyak isu-isu berbangkit yang aku dapat samaada secara online atau offline berkenaan kehadiran Barak Obama ke Malaysia ni.Apa isunya ,aku harap korang semua dah tahu kan.Tak perlu aku nak perjelaskan disini.Bukan apa, takut ia boleh mengundang fitnah ataupun ketidakpuasan hati sesetengah pihak nanti.Lagipun blog aku ni bukan blog politik.

Mungkin semua dah sedia maklum yang Presiden Barak Obama berada di Malaysia selama tiga hari,Dan beliau telah menghadiri sambutan majlis di Istana Negara dan juga telah merasmikan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (magic) di Cyberjaya dan Pusat Islam.

Untuk pengetahuan korang semua lawatan Barak Obama ke Malaysia adalah yang pertama oleh Presiden Amerika sejak lawatan Lyndon B. Johnson pada tahun 1966.Selepas 48 tahun baru mereka kembali melawat.Kecik je Malaysia ni dimata mereka kan.Pagi tadi lawatan Obama ke Malaysia telah berakhir.Barak Obama berlepas pada jam 10.20 pagi.Dengan menaiki pesawat Air Force One terus menuju ke destinasi terakhir sempena lawatan ke 4 Negara Asia.Sebelum tu beliau dah melawat ke Jepun dan Korea Selatan.Betul-betul makan angin mat Barak ni.Puas dah dia makan sambal belacan dan durian semasa di Malaysia.

Lawatan Barak Obama ke Malaysia ,Adakah ada agenda tersembunyi?Sama-samalah kita berdoa agar tiada perkara buruk yang akan berlaku di Malaysia ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...