Tandas paling ekstrem di dunia.

Tandas Paling Ekstrem di Dunia


Pernah tak anda melihat atau berjumpa dengan tandas yang sebegini.Apakah
perasaan anda jika anda terpaksa gunakan tandas tersebut disaat-saat kritikal.maksud saya,dah tak da pilihan.Itulah hakikat yang perlu dihadapi oleh pekerja stesen cuaca terpencil di Kara Tyurek,di Pergunungan Altai .Di daerah yang bernama ''Black Heart'' dalam bahasa Altaya Selatan.Tandas ini terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.
Pekerja yang bekerja distesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan,air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.Saya rasa hanya mereka yang betul-betul berani sahaja yang akan menggunakan tandas tersebut.Kerana tandasnya terlalu bahaya dan sudah berada di situ sejak tahun 1939 lagi.
Jangan tak percaya yang tandas ini menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.
Namun usia tandas tersebut sudah terlalu lama dan saya rasa tidak perlu digunakan lagi.Ia hanya boleh dijadikan bahan sejarah untuk generasi akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...