Cara memperbaharui cukai jalan Motorsikal yang dah lebih setahun tak Renew. Macam biasalah oleh kerana nak jimat tahun lepas aku tak renew Roadtax motor aku ni.Memang agak berisiko sebenarnya kalau jadi apa-apa.Tapi nak buat macamana.Lagipun Motor ni aku cuma guna untuk pergi kedai dan ambik anak sekolah.Aku dengan Isteri aku jer yang guna.Tak pergi jalan utama pun.Senang cakap cuma guna kat kawasan kampung.
Aku rasa tahun ni macam nak perbaharui semula cukai jalan motor yamaha Ego S aku ni.Memandangkan kos petrol kereta dah mula meningkat.Macam dah tak boleh nak kawal kewangan aku pulak rasanya.Mana tidaknya,Kos petrol semakin meningkat dari hari ke hari.
Lepas pergi pejabat naik motor je.Boleh jimat banyak.Sebulan kalau boleh jimat sekitar rm200 hingga rm300 untuk petrol dah kira ok tu.Boleh menyimpan untuk tabung melancong dan persekolahan anak-anak.
Kes aku ni bukan kes cukai jalan tamat tempoh,tapi kes wang saku mula susut.Hmmm...Untuk menyelasaikan masalah aku ni,Aku cuba call seorang sahabat aku ni,Dia seorang agen Takaful Ikhlas sepenuh masa dan boleh dikatakan dah berjaya dalam bidang Takaful dan kewangan.
Aku beritahu yang aku nak perbaharui cukai jalan motor aku,Tapi dah lebih setahun tak renew.Dia kat ok tiada masalah.Dia offer nak buat third party atau first party.Untuk third party lebih murah berbanding yang first party.Cumanya untuk third party tak boleh claim jika berlaku apa-apa seperti kehilangan motor atau terlibat dengan kemalangan.
Ok,aku memang suka yang murah dan jimat.Dari takda cukai jalan baik ada kan.So,aku pilih insuran third party sebagai pilihan aku ketika itu.
Sahabat aku pun On kan insuran motor aku.Jadi sekarang tugas aku kena pergi renew cukai jalan sama ada di pejabat pos ataupun di JPJ.Mula-mula ingat boleh renew kat pejabat pos,Rupanya-rupanya untuk cukai jalan kenderaan yang dah lebih setahun tak renew tak kiralah samaada motorsikal ataupun kereta,lori dan sebagainya perlu bawa kenderaan ke Puspakom atau JPJ untuk pemeriksaan.
Sebab motor ni pun atas nama aku dan aku tuan punya motor ni.Nampaknya aku kena bawak ke JPJ sendiri untuk pemeriksaan lanjut.
PERMIT TIGA HARI
Langkah 1- Aku perlu dapatkan permit 3 hari dari JPJ (Permit perjalanan Sementara).Kenapa permit 3 hari?Sebab permit tu hanya sah laku untuk 3 hari sahaja.Untuk motor boleh buat pemeriksaan di mana-mana cawangan JPJ.Dan ianya percuma.Dengan Syarat mesti ownernya yang datang,tak boleh hantar wakil.
Langkah 2- Permit tiga hari dah dapat.Boleh bawa motorsikal ke JPJ.Jangan melencong dari laluan yang korang tulis kat borang permit tiga hari tu.Kalau kena tahan pihak berkuasa motor korang bakal di sita.Tak ke naya tu.Jadi sila berhati-hati dengan laluan korang yer.
Langkah 3- Parking motor kat tempat pemeriksaan JPJ,Masuk ke kedalam berjumpa dengan pegawai pemeriksa.Jangan lupa bawa geran asal serta permit dan juga kad pengenalan.Pastikan juga motorsikal dalam keadaan baik.
Itu sahaja.Proses tak sampai lima minit pun.Tapi bagi yang tak sempat nak hantar ke JPJ untuk buat pemeriksaan boleh hantar ke PUSPAKOM(boleh upah runner).Kos untuk pemeriksaan di PUSPAKOM lebih kurang rm25 belum termasuk kos runner.
Apa yang penting sekarang motor Yamaha Ego S aku dah ada cukai jalan.So,dah boleh merempit.Setahun lebih dah tak naik motor kat jalan besar/jalan utama.Rasa macam janggal pulak....