Promosi maxis - 4G LTE MiFi Modem Percuma .

Buat peminat gadget yang selalu mengikuti perkembangan semasa.kini maxis dah melancarkan
produk 4G LTE Mobile WiFi (MiFi).

Maxis merupakan antara syarikat terawal yang melancarkan  perkhidmatan 4G LTE di negara kita.

Mesti ramai yang belum tahu Apa itu LTE ?
 Long Term Evolution (4G) adalah lanjutan dari standard GSM/UMTS menggunakan teknik DSP (Digital Signal Processing) bagi meningkatkan kapasiti dan kelajuan jaringan data.

Untuk info, kelajuan 4G LTE ini boleh mencecah sehingga 75Mbps dengan purata kelajuan antara 10Mbps sehingga 30Mbps. Dah sama macam kalau guna fiber broadband di rumah. Dengan plan 4G LTE Mifi daripada Maxis, pengguna boleh menikmati kelajuan internet ini di mana-mana sahaja - asalkan berada dalam coverage Maxis 4G LTE.

Amacam Best tak?

Bateri modem ni tahan lama anggaran masa boleh tahan 10 jam lebih kurang.memang dah cukup untuk melayari internet kan.sebab kadar ketahanan bateri lap top pun lebih kurang 6-8 jam sahaja.

Pakej yang ditawarkan.
Plan Peak bermula 8:01 minit pagi sehingga 1:59 pagi.
 Free off Peak - antara jam 2-8 pagi.bagus sangat untuk yang suka berjaga waktu tengah malam.



Untuk tempat yang tiada LTE, modem ini  secara automatiknya menghubungkan pengguna dengan internet berkelajuan 3G (kelajuan sehingga 42Mbps).Jadi jangan risau jika anda berada pada lingkungan yg tiada LTE.Anda masih boleh berinternet.

Untuk pendaftaran bayaran pendahuluan RM340 di kenakan, di mana RM240 akan direbetkan semula ke dalam akaun sebanyak RM20 setiap bulan. Semua pelan dikenakan kontrak 12 bulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...