Tips Beli Rumah

Asssalamualaikum dan salam sejahtera buat semua .

Apa yang anda rasa selepas pembentangan belanjawan 2014 oleh Dato Sri Najib.Pada pendapat peribadi saya sebagai seorang rakyat Malaysia ,Pembentangan belanjawan 2014 masih pada tahap biasa-biasa.banyak penekanan kepada pihak kakitangan awam.Nampaknya Bagi pekerja biasa macam saya ni kena cari sumber tambahan dari tempat lain.
Dah tiba masanya tukar cara pemikiran dari minda subsidi kepada minda cari sendiri.

Baiklah,tadi saya ada berbincang dengan kawan-kawan tentang isu kenaikan harga rumah .Jadi ,jika dah alang-alang membeli lebih baik beli di lokasi yang berpotensi untuk meningkatkan pelaburan masa depan.
Betul tak?

Apa salahnya kalau berkemampuan kan.
Setelah membuat kajiselidik dengan menggunakan Mr Google dapat lah di simpulkan sedikit  tips untuk membeli rumah.

1.Harga di bawah pasaran
Kenal pasti dahulu harga rumah yang hendak dibeli,pastikan tidak terlalu mahal dan dibawah paras kemampuan poket kita.

2.Berhampiran sekolah, masjid/surau dan taman permainan.
Bagi memudahkan kita membuat urusan harian.Jadi kita kena ambil kira faktor-faktor diatas.
lagi dekat lagi bagus.tapi jika tiada yang berdekatan pilih lokasi survey yang paling hampir.

3.Kemudahan Pusat MemBeli Belah seperti Pasaraya ataupun Kedai Mart.
Rumah yang bakal kita beli mempunyai kemudahan pusat beli belah yang berhampiran. Bukan sahaja rumah kita akan bernilai tinggi, malah harga sewa juga tinggi kerana rumah yang terletak berdekatan pusat membeli belah seperti Jusco, Tesco dan lain lain co, memudahkan penyewa anda membeli barang keperluan dengan senang-lenang.

4.Berhampiran dengan lebuh raya
 Jika kita beli rumah berdekatan lebuh raya senang untuk kita jual semula ataupun sewakan.Jadi potensi untuk rugi amat kurang.

5.Institusi pengajian atau pusat latihan
 Potensi untuk mendapat sewa yang tinggi amat cerah kerana student pasti akan menyewa dengan kita.dan secara berterusan kerana setiap tahun pelajar silih berganti.

6.Pengangkutan awam iaitu LRT/MRT
 Tidak dapat dinafikan harga rumah yang berdekatan dengan Lrt atau Mrt adalah lebih tinggi dari tempat-tempat lain.


7.Jarak dengan Bandar sekitar 20-30km.
Rumah pada jarak 20-30km dari kawasan bandar adalah ciri-ciri rumah yang bernilai tinggi pada masa depan.


Jika anda nak beli Rumah boleh gunakan tips-tips diatas untuk panduan.
Tips ini hanya sekadar pandangan dan idea sahaja.Jika anda ada tips yang lagi bagus boleh kongsikan disini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...