Tuan punya Restoran Dato Helmy Jaafar
Menu kebanyakannya menu dari Malaysia.Harga berpatutan.Ni alamat kalau nak kesana.Kalau nak senang ia terletak berdekatan dengan Ben Thanh Market.Dekat jalan tu ada lebih kurang tiga atau empat kedai dan restoran makanan halal.Jadi memang tak susah kan.Boleh makan macam biasa.Orang-orang kat sana pun ok.Mereka ramah-ramah belaka.
Restoran Basiroh ni terletak betul-betul di depan Restoran Halal Kampun Melayu.Boleh pilih nak makan kat Restoran yang mana.
Untuk makan tengahari aku makan nasi goreng ayam jer.
Dari pukul 5 pagi hingga 5 petang ada diskaun 15%.
kat Halal Saigon pun ada menyediakan Makanan halal.Retoran ni jauh sikit dari restoran tadi.Cuma kalau makan kat sini nak ke masjid senang sebab masjid betul-betul berada di hadapan restoran ni.
sijil halal restoran.
Jemput makan dulu yer.
Kat Red House ni aku rasa yang paling best antara empat restoran yang aku pegi.Kat sini lebih kepada makanan seafood.
sijil halal.Aku kalau nak makan perkara utama yang aku cari kalau pegi oversea adalah sijil halal.kalau ada in shaa allah makan tanpa was-was.
masa untuk menjamu selera.Sepanjang di Saigon ,Vietnam berat badan aku melepasi paras biasa.mana taknya makan memang overdose.Ni lah kelebihan pergi trip bersama Public Mutual.makan memang tak ingat.
Dah kenyang hati pun senang.Ambik gambar dulu sebelum pulang ke Hotel.
Restoran Serai,aku rasa ni pun macam satu cawangan dengan Restoran halal kampung melayu.Sebab deco dia lebih kurang sama.
kat sini ada sop gear box.Kat Malaysia pun aku dah lama tak makan sop ni.Sampai Vietnam jumpa pulak.Nak makan tak berani sebab takut kolesterol...cewah.konon-konon je.
Jadi itulah serba sedikit tentang Restoran halal di Vietnam.Banyak tak?Itu baru empat restoran kalau lama sikit aku kat Vietnam mahu semua aku dah terjah.Masa memang agak terhad sepanjang berada kat sana.Sebab ikut jadual yang telah di tetapkan oleh Tpur guide.Jadi aku just follow jer.Tak boleh nak membantah nanti kena tinggal.