Ben Thanh Market
Tentang harga kalau korang pandai buat tawar menawar memang korang akan dapat harga yang paling minimum sekali.Masa kat Ben Thanh Market ni aku follow group perempuan dalam lima orang,sebab aku dapat tahu group ni memang terror buat tawar menawar.Kalau ikutkan hati semua barang nak beli.Memang best kat sini.Cuma yang tak bestnya bila korang masuk je kat dalam dah mula terasa bahang kepanasan ala-ala sauna.Peluh akan mengalir secara senyap.Duit poket juga akan turut mengalir sealiran dengan aliran peluh korang.
Kat dalam ni ada dua bahagian.Satu bahagian Harga tetap ia terletak di hadapan sekali .Aku difahamkan untuk bahagian tersebut ia kepunyaan kerajaan Vietnam.Sebab tu harga tetap.Tapi kualiti terbaik.sebab tu mahal banyak.Untuk yang dalam,ia tempat umum.Kalau nak shopping baik beli yang kat dalam.Boleh dapat banyak barang.Ben Thanh Market dibuka setiap hari dari 6 pagi hingga 7 petang.6 pagi disini dah terang benderang sebab waktu subuh di sini pada pukul 4 pagi.
Pada waktu malam Ben Thanh Market akan beroperasi di bahagian luar seperti pasar malam.Ada yang kat waktu malam boleh dapat harga lagi murah.Sebab aku kat Ho Chi Minh aku tak keluar malam merayau-rayau.sebab badan dah letih.Masuk hotel terus tak keluar sampai pagi.
Bahagian harga tetap.Ia agak sejuk sedikit.sebab ada syiling.
Ini open price.Cari dan tawar.Sauna percuma.
Tempat kedua popular untuk Shopping Di Ho Chi Minh adalah An Dong Plaza.Dibuka setiap hari bermula 8 pagi sehingga 10 malam.Kat sini ada sejuk sikit dari Ben Thanh Market.Terdapat tiga bahagian.Depan,tengah dan belakang.Untuk depan sekali lebih kurang macam dekat pasaraya biasa.Untuk belian runcit.Kat sini banyak jual Hand bag dan kasut.Dibahagian tengah kena keluar dari pasaraya,deretan kedai-kedai.Kat sini banyak jual cenderahati.
Kalau nak beli borong kena pegi bahagian belakang sekali,Korang akan nampak satu bangunan.Kat situ banyak jual pakaian dan kain ela.Tiga tingkat kalau tak silap.Sebab cuma tengok sekali imbas.Sebab kat sini kalau beli satu-satu memang mereka tak layan sangat.Mereka lebih utamakan belian secara borong.Ada lebih kurang 200 peniaga vietnam di sini.
Sempat juga aku ke Dong Khoi Street,kat sini kalau nak shopping memang tak berbaloi pun.Barang-barang banyak yang high class.Inilah dia sebahagian dari Tempat shopping di Ho Chi Minh .Kat sini ada Butik,Cafes,restoran dan bangunan-bangunan yang terkenal seperti The Saigon Opera House,Notre-Dame Cathedral dan Centrel Post office.Nanti aku cerita pasal tempat-tempat ni di lain post.
Shop lot yang sempat aku singgah semasa di Dong Khoi Street.
Kalau korang sampai ke Ho Chi Minh ni lah tempat-tempat shopping yang korang patut singgah.Dari yang paling murah sehingga lah yang paling mahal.Beli ikut kemampuan bukan ikut rasa.Nanti balik Malaysia gigit jari sebab membazir.
Kalau nak buat berniaga memang bagus kalau beli kat Ben Thanh Market dengan Area An Dong Plaza yang bahagian belakang sekali.Sepanjang kat Ho Chi Minh,ramai aku jumpa rakyat Malaysia.Dah macam kat petaling street pulak aku rasa.Memang best.Tempat shopping terbaik di Vietnam.Datang Vietnam singgah di Ho Chi Minh jangan lupa bawak duit banyak-banyak.Boleh shopping sakan nanti.