Pergi bercuti tanpa perancangan awal memang agak huru hara sikit.Mana taknya dalam berborak-borak dengan family diorang kata jom pegi Melaka.Dan aku pulak tu yang kena cari tempat.Dalam kepala aku tempat paling mudah adalah Villa A Famosa.
So,seperti kebiasaan aku akan google dulu sebelum buat reservation.Rancang nak pegi hari sabtu ahad,Nampaknya takda rezeki sebab semua minggu dah penuh.Musim cuti sekolah semua full.Yang ada weekdays sahaja.Setelah berbincang kami pilih hari khamis dan Jumaat memandang Jumaat Selangor cuti (Hari keputeraan Sultan Selangor)

