Pergi bercuti tanpa perancangan awal memang agak huru hara sikit.Mana taknya dalam berborak-borak dengan family diorang kata jom pegi Melaka.Dan aku pulak tu yang kena cari tempat.Dalam kepala aku tempat paling mudah adalah Villa A Famosa.
So,seperti kebiasaan aku akan google dulu sebelum buat reservation.Rancang nak pegi hari sabtu ahad,Nampaknya takda rezeki sebab semua minggu dah penuh.Musim cuti sekolah semua full.Yang ada weekdays sahaja.Setelah berbincang kami pilih hari khamis dan Jumaat memandang Jumaat Selangor cuti (Hari keputeraan Sultan Selangor)
Aku pilih Villa 4 bilik (villa Ana) Boleh muat 4 atau 5 keluarga.Jadi memang sesuai untuk family aku.Kadar bayaran RM700 per/night.
Anak-anak semua tak sabar nak pegi,Jadi aku kena gerak awal untuk mengelak soalan-soalan panas dari anak-anak.Bila dah gerak awal sampai pun awal kan.Singgah dulu pantai Tanjung Bidara.Jarak perjalanan dari Villa Famosa ke Pantai Tanjung Bidara lebih kurang 45 minit.
Lepas makan tengahari dan lepak-lepak kat pantai kami pun gerak ke A Famosa Melaka.Check In pukul 3 petang.Dalam 2.30 petang dah boleh masuk la tu.
Kami sampai ke villa famosa lebih kurang pukul 2.30 petang terus check in.Kalau sebelum ni aku menginap di villa honeymoon suite ,Tapi kali ni aku menginap di Villa D'Faro atau Villa Ana - Special untuk Muslim sahaja.Ada 4 bilik.Dilengkapi dengan set karaoke,dapur memasak,tempat untuk barbeque(perlu bawa arang sendiri) dan kolam renang berpagar.
Sampai jer terus terjun kolam.Anak-anak dengan bapak-bapaknya sekali masuk.Kolam kat sebelah villa jer.Memang aku pilih yang berpagar.Villa yang lain kebanyakannya tiada pagar.Jadi agak open la kalau nak mandi kolam.Nak mandi kat A Famosa Water world memang takda niat pun.Kos untuk mandi kat A Famosa Water World pun lebih kurang RM40 P/head..Agak kasar juga belanjanya.Baik mandi kat kolam jer.
Siang malam berkubang.Memang non stop budak-budak ni mandi.Biarkan bagi diorang puas.Mandi sampai kembang.
Sambil anak-anak berkubang kami buat BBQ,Ini la menu kami malam ni.Yang lain-lain ada kat dalam.Tak sempat nak snap dah clear.haha.Abang Joe dengan Ayu bertungkus lumus bakar apa yang ada.Yang lain tinggap makan je..memang sedap kan.cayalah.
Habis berkubang,lepas makan layan karaoke pulak.Walaupun sebenarnya cd karaoke lupa nak bawak.Nasib baik ada cd kat kereta.Jadi layanlah apa yang ada.
Malam ni masing-masing tidur lewat.Tapi bila dah tidur memang semua lena diulik intan.Pagi jumaat sebelum check out pukul 12 bagi anak-anak mandi kolam lagi.mandi sampai puas.
Lepas check out kami tak lepaskan peluang singgah ke pusat membeli belah baru FreePort A Famosa Outlet.Difahamkan ada lebih kurang 122 outlet.Menawarkan harga yang menarik.Untuk yang rasa nak pegi Johor Premium Outlet tu jauh,boleh singgah ke Freeport A famosa Outlet.
Tempat ni baru je buka,kira masih fresh lagi dan mungkin tak ramai lagi yang tahu.Memang agak seronok window shopping kat sini.Nak shopping belum masanya lagi.Cuci mata dulu.Bak kata orang tu khusya line dulu.Lokasi Freeport A famosa Outlet ni betul-betul bersebelahan dengan A Famosa Resort Melaka.
Pemandangan yang menarik di Freeport Afamosa Outlet.Ada kipas besar macam kat Belanda.Cuma yang takda bunga keliling kincir air je.Kalau ada memang dah sebijik macam kat luar negara.Kepada kaki shopping tu boleh singgah ke sini.Masukkan dalam listing tempat shopping di Melaka.
Sekian sahaja untuk kali ini.