Senarai syarikat penerbangan patuh syariah.

Syarikat Penerbangan
patuh syariah

Senarai syarikat penerbangan patuh syariah didunia.Kalau tak silap aku kat dunia ni cuma ada tiga syarikat penerbangan yang patuh syariah.Dan aku harapkan satu hari nanti agar syarikat Malaysia Airlines berhad atau dulu dikenali dengan nama Malaysia Airline System Berhad (MAS).

Antara syarikat penerbangan yang sudah mematuhi konsep Penerbangan patuh syariah didunia adalah Royal Brunei Airlines (RBA),Saudi Arabian Airlines dan Iran Air.


royal brunei airlines
saudi arabian airlines
iran air

Dan kita akan ada sebuah lagi syarikat penerbangan dari Malaysia yang sudah memiliki terma dan syarat penerbangan patuh syariah iaitu Rayani Air.Rayani Air merupakan syarikat penerbangan  patuh syariah yang pertama di Malaysia.

Makanan dan minuman yang dihidangkan semasa penerbangan adalah halal dan tiada sebarang alkohol dibenarkan.Sebelum pesawat berlepas akan ada bacaan doa memohon keselamatan semasa penerbangan.

Semua anak kapal diwajibkan menutup aurat.Tiada yang berkecuali.Jadi jom kita sama-sama menyokong Rayani air.

rayani air

Untuk pengetahuan korang,Rayani Air telah menerima Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Pengendalian Udara (AOC) daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Putra Jaya.Penerbangan pertama Rayani Air adalah pada hari ini 20 Disember 2015 dari KLIA2 ke Lapangan terbang Antarabangsa Langkawi.

rayani air crew cabin
Crew Bersiap sedia untuk penerbangan sulung Rayani Air
Rayani Air akan berpengkalan di Langkawi dan akan membuat penerbangan ke lima Lokasi iaitu Langkawi,KLIA2,Kota Bharu,Kuching dan Kota Kinabalu dan akan membuat tambahan lokasi dari semasa ke semasa.Mungkin ramai yang berpendapat bahawa Rayani Air adalah senuah syarikat penerbangan tambang murah seperti Air Asia dan Fire Fly.

Tapi hakikatnya Rayani Air tidak begitu.Ia adalah sebuah syarikat penerbangan perkhidmatan penuh (full service) sama macam MAB (MAS).

Walau apa pun kita harus berbangga kerana dah ada sebuah syarikat penerbangan yang patuh syariah di Malaysia.Pilihan ditangan kita.Tepuk dada tanya iman.

Setakat ini Rayani Air menggunakan dua buah pesawat Boeing 737-400 yang dibeli dari Neptune Air Limited yang mempunyai 16 seat Business class dan 128 seat economy class.Rayani Air juga mempunyai lebih kurang 355 kakitangan termasuk 8 juruterbang dan 50 kru kabin.

Menurut Pengarah Urusannya Jaafar Zamhari ia bercadang untuk membuat penerbangan ke Timur tengah dan juga untuk Haji dan Umrah pada masa depan.

Aku harap ia akan menjadi contoh kepada syarikat penerbangan yang lain untuk mengikut jejak langkah Rayani Air suatu hari nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...