Impian Morib Hotel Banting.

hotel impian morib
Percutian tanpa dirancang,Cuti sekolah dah bermula.Jadi lokasi paling dekat dalam kepala aku adalah Impian Morib Hotel,Banting.Bukan apa yang penting anak-anak gembira dan tak bosan dimusim cuti sekolah ni.

Lokasi Impian Morib Hotel berdekatan dengan pantai Morib.Jadi kalau berhajat nak mandi pantai boleh ke pantai Morib.Tapi kena naik kereta.Lebih kurang 5 minit perjalanan.

Aku ambik chalet di Impian Morib Hotel sebab nak berdekatan dengan kolam renang.senang nak pantau anak mandi.Kedudukan chalet kami betul-betul berhadapan dengan kolam renang.


Inilah chalet kami,ada 1 katil twin dan 1 katil single.Cukuplah untuk kami anak beranak kat sini selama dua hari satu malam.Chalet ini juga dilengkapi dengan set tv bukan lcd ye..tapi ada channel astro.Wifi tidak disediakan kalau nak guna wifi sila ke tempat reception.Mini peti ais juga ada disediakan.

chalet impian morib
chalet kami

Macam biasa budak-budak kalau nampak air memang dah tak boleh tahan.Belum sampai setengah jam dah nak masuk air.Dah lama tak mandi kolam katanya.Jadi nak tunggu apa lagi dengan mak bapaknya sekali masuk.

Pemandangan kat swimming pool Impian Morib memang cantik dan bersih.Sangat cool aku rasakan.Lagipun kat sini tak ramai orang sangat.Kebanyakan yang menginap kat Impian Morib Hotel ni ada aktiviti sendiri seperti seminar,Family day - akan gunakan padang di belah belakang.Jadi kolam akan lengang macam kurang penghuni.Hakikatnya tidak begitu.

Untuk maklumat korang,masa aku booking chalet kat sini,hampir kesemua bilik dan chalet penuh.

mandi kolam hotel

kolam impian morib
hotel impian morib pool

Pemandangan taman sekeliling kolam renang sangat mendamaikan jiwa yang serabut.Rasa berbaloi aku menginap kat sini.Dekat dan mudah serta nyaman.

hotel impian garden

Untuk makan malam ada pilihan samada nak makan kat Hotel atau makan kat luar.Makan kat Hotel ala cart  cuma RM25 per head untuk kanak-kanak bawah 12 tahun percuma.Kalau nak makan diluar boleh makan kat sekitar Pantai Morib.Kalau rajin dekat area Kanchong Darat pun banyak pilihan.Perjalanan untuk kesana mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Sarapan pagi percuma untuk 2 orang dewasa,manakala untuk kanak-kanak separuh harga.Restoran Temasya akan dibuka pada pukul 7 pagi.Jadi jangan datang terlalu awal pulak.

Gambar makan malam dengan sarapan pagi aku terlupa nak ambil sebab kesibukan melayan karenah anak-anak.Apa yang penting mereka gembira.Walaupun kadang-kadang kena marah sebab terover kan.

restoran temasya

Rasa perlukan makanan ringan dan minuman ringan kedai Ole-Ole Impian ada jual keperluan tersebut.Jadi tak perlu nak keluar kawasan untuk mendapatkan stok.

kedai souvenior

Untuk pengetahuan korang jugak,lebih kurang beberapa minit perjalanan dari Impian Morib Hotel ni terletaknya Gold Coast Morib.Seperti kebiasaan Gold Coast Morib jika waktu puncak memang full book.Jadi kebanyakan yang tak dapat menginap di Gold Coast Morib akan menginap di Impian Morib sebagai Hotel transit.Pagi-pagi selepas sarapan mereka akan pergi mandi di Gold Coast Morib.

Jika tak nak mandi kolam,boleh mandi pantai.Pantai berdekatan adalah Pantai Morib dan Pantai Kelanang.Nak lagi jauh boleh pergi Pantai Bagan lalang.Tiga pantai dalam satu perjalanan.

Okeylah untuk next trip aku masih belum plan nak kemana lagi.Tungguuuuu........


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...