Permohonan BR1M 2016 Dibuka 5 Disember

br1m 2016
Permohonan Baru BRIM 2016 akan mula dibuka pada 5 Disember sehingga 31 Disember 2015.Pasti ramai yang menantikan saat ini.Semoga ia dapat digunakan sebaik mungkin.Memandangkan tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar kepada semua rakyat Malaysia.

Aku berpendapat mungkin bilangan permohonan BRIM 2016 akan ada peningkatan dari biasa.Pengumuman mengenai tarikh permohonan BRIM 2016 telah dibuat oleh Menteri Kewangan Kedua,Datuk Seri Husni Hanadzlah.Tarikh 5 Disember dibuka untuk permohonan baru dan juga untuk mengemaskini maklumat terkini individu.


Muat Turun Borang BRIM 2016

Permohonan baru dan untuk kemaskini maklumat boleh dilakukan dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BRIM Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia di https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau www.treasury.gov.my

Borang permohonan BR1M 2016 juga boleh diperolehi dari mana-mana cawangan LHDN,Pusat hasil LHDN dan pusat transformasi bandar LHDN.

Untuk permohonan baru BR1M 2016,pemohon perlu:

  1. Kemukakan maklumat peribadi dangan lengkap
  2. Kemukakan maklumat waris
  3. Kemukakan maklumat akaun bank
  4. Kemukakan nombor telefon yang boleh dihubungi
Permohonan yang layak akan diberitahu menerusi notis yang akan dihantar oleh LHDN.Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau email br1m@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber:Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...