Kos untuk naik kuda ni cuma RM10 untuk dewasa sebab dia guna kuda yang besar.manakala untuk kanak-kanak RM5 guna kuda padi(kuda yang comel tu).
Percubaan pertama naik kuda,sebab tu muka agak serius sikit,sebenarnya takut-takut juga masa mula nak naik.
Yang ni pulak terlebih confident,tu yang menyengih tak ke sudah.(dalam hati kalau lah kuda ni naik minyak habis aku)haha
Start Your Engine...
Bagan Lalang ni terletak di Sepang perjalanan ke sini lebih kurang 1 jam 30 minit dari Shah Alam.Tak jauh mana pun.Kat sini korang boleh menginap kat chalet-chalet yang disediakan,Dengan harga yang menarik.Dan kalau nak lagi best boleh bermalam kat Sepang Gold Coast.
Kalau tak larat dengan harganya boleh pergi Gold Coast Morib.Tak jauh dari Bagan Lalang lebih kurang 30 minit jer nak ke Morib.