Berjalan dengan penuh semangat sebab dah seminggu tak jumpa air (catuan air di Selangor)
Bersiap sedia nak berendam kat air.
Aku cuma sebagai cameraman je,sebab aku takut tempat tinggi.haha....sebab terpaksa malu dengan anak-anak aku cuba jugak.untuk yang ini tiga orang dah boleh main.Ternyata mereka bertiga lebih berani dari aku.
Dah habis mandi kita orang makan dulu sebelum check in kat Villa.Makan kat dalam ni mahal sikit,tapi disebabkan ada rasa malas nak keluar kawasan,sebab dah penat.Beli je terus makanan kat dalam ni.Ha,bis makan,terus check in pkl 3.Petang takda aktiviti just rehat dan santai kat Villa.Petang baru keluar cari makanan.Sebab malam ikut schedule pukul 8 nak ke A'Famosa Old West,Nak layan anak-anak tengok persembahan yang disediakan oleh pihak A'Famosa Resort.
Tiket Masuk RM58 Dewasa dan RM53 Kanak-kanak.
Kat dalam ni ada Fun Fair,boleh habiskan duit kalau nak.Aku memang tak nak habiskan duit,so aku terus ke tempat persembahan.Persembahan bermula pukul 8:15 malam.
Boleh naik gajah kepada yang berminat.
Persembahan maloam ni pukul 8.15-Red Indian show dan pukul 9.15-Carnival Musical Parade.teryata memang sangat happening malam ni,rasa terhibur dengan persembahan diaorang.
Habis aktiviti malam ni,balik villa rehatkan diri.
Pagi-pagi lepas breakfast layan anak-anak kat swimming pool dulu sebelum check out pukul 12.Ada satu lagi program sebelum balik,Singgah kat A'Famosa Safari World.Tiket masuk RM49 Dewasa dan RM39 Kanak-kanak.
Kat dalam ni ada pelbagai jenis haiwan,cuma haiwan kat sini tak sebanyak macam kat zoo negara.Kelebihan di A'Famosa Safari World ni kita boleh mengembara dengan menaiki kenderaan yang disediakan dan boleh tengok haiwan hidup secara bebas.
Ni la kenderaan yang akan kami naiki untuk mengembara ke alam haiwan..cewah...berdebar dada ni nak tengok sebab belum pernah alami lagi suasana macamni.Bayangkan kalau kita keluar dari kenderaan ni..habis kena baham kan.
Pak belang dok jeling je kat kami yang dalam kenderaan ni....
Pukul 2.15 layan persembahan Cow Boy pulak.
Memang fantastic betul para pelakon ni,macam real jer diaorang buat.Sapa belum pernah rasai suasana kat sini jemput datang ke A'Famosa Resort mesti tak menyesal punya.