Masjid Terbesar Di Taiwan

Masjid Terbesar Di Taiwan

Jumlah penduduk Islam di Taiwan sekitar 150,000 - 200,000 sahaja berbanding jumlah keseluruhan penduduknya yang berjumlah 23 juta orang berdasarkan statistik penduduk pada tahun 2013.Setiap tahun hanya sekitar 100 orang baru yang memeluk Islam di sana.Saat aku menulis artikel ini ada lebih kurang 60,000 orang masyarakat tionghua Taiwan yang beragama islam dan selebihnya adalah penduduk Islam dari Indonesia yang menetap dan bekerja  di sana.Bukan semua pekerja Indonesia yang berada disana beragama Islam,sebab Tour Guide aku masa kat sana juga orang Indonesia yang bukan beragama Islam.
Semasa di Taiwan aku berkesempatan untuk singgah Solat Zohor di salah satu Masjid terbesar dan termasyur di Taipei,Taiwan.Masjid ini dibina pada 13 April 1960.Masjid terletak di No.62,Sec.2,Xing Sheng South Road,Distrik Daan,Taipei,Taiwan.

Masjid Terbesar Di Taiwan
The Taipei Grand Mosque Republic Of China

Masjid Terbesar Di Taiwan
Berdiri dihadapan pintu masuk Masjid

Masjid Terbesar Di Taiwan
Masjid Terbesar Di Taiwan
Suasana dalam masjid.

Aku tak sempat nak ke masjid yang lain kerana jarak perjalanan yang agak jauh dari satu masjid ke masjid yang lain.Apapun pengalaman semasa berada di Taipei bersama rakan-rakan selama 5 hari snagat-sangat aku rindui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...