Minggu lepas aku bersama rakan-rakan team Dplanners &Associates sebuah agensi di bawah Public Mutual Bhd berkesempatan untuk ke Eagle Ranch Resort di Port Dickson,Negeri Sembilan untuk sesi rehat dan rawat (team building).Ini merupakan acara tahunan Dplanners bagi meraikan mereka yang berjaya mencapai target jualan melebihi RM1 Juta setahun.
Aku merupakan salah seorang darinya...tahniah buat diri aku....haha.Seramai 28 orang yang hadir pada kali ini.Ini merupakan kali pertama aku dapat join team building sebegini.Sebelum ni aku tak berkesempatan untuk join.
Aku merupakan salah seorang darinya...tahniah buat diri aku....haha.Seramai 28 orang yang hadir pada kali ini.Ini merupakan kali pertama aku dapat join team building sebegini.Sebelum ni aku tak berkesempatan untuk join.
Barisan peserta yang berjaya mencapai target sales melebihi RM1 juta setahun.Aku kat belakang sekali.Topi tak da.
Eagle Ranch Resort bertema Wild Wild West.Zaman koboi sebab tu diaorang pakai topi koboi.Aku ingat nak buat Red Indian baru best.Sebab tu aku tak pakai topi.Ha ha....alasan je tu.Sebenarnya aku terlupa nak beli.Dah sampai baru teringat memang tak la.Jom tengok apa aktiviti kita orang selama dua hari satu malam di Eagle Ranch Resort ni.
Big bos aku Deenia Kwong merupakan orang lama dalam indutri unit trust.Tengah bagi briefing kat anak buah pada hari pertama.
Ini adalah antara acara-acara yang boleh dibuat di Eagle Ranch Resort.Team kami cuma ambik acara Rope Course - high element .Hari kedua baru kita orang buat.
Ini lah tempat tidur aku.Lepas ni boleh cari kuda.Nak jadi cow boy..yeee haaa.Aku partner dengan Mr.Shukor.
Game yang pertama dalam acara team building.Game Bridge over trouble water.Dalam game ni satu team di beri tiga batang kayu,tiga utas tali dan sebesen air dengan bola ping pong.Tugasan gunakan kesemua barang tersebut untuk melintas ke seberang sana bersama dengan barang-barang dan team.Memang pening aku nak fikir masa game ni berlangsung.Dekat 40 minit baru settle.
Jakuzi dan swimming pool pun ada disini.Eagle Ranch Resort bukan tempat untuk team building sahaja.Ia juga sesuai untuk percutian keluarga.Kalau korang nak datang boleh tengok rate price untuk penginapan.
Aktiviti membuat rakit.Ini pengalaman pertama aku buat rakit.Nampak mudah tapi hakikatnya susah sebenarnya.Kena pastikan semua ikatan kuat.Kalau tidak mau pecah terburai rakit masa atas air nanti.
So,selepas bekerja keras dalam satu kumpulan rakit dah siap dan sedia untuk perjalanan seterusnya.ekspedisi bermula.Jom kita redah kasi pecah.
Mendayung dengan penuh semangat,walaupun salah step sebenarnya.rakit bergerak melencong,misi untuk mendapatkan bendera di hadapan sana jadi jauh dan sukar.memang penat gila-gila ni.bukan penat main-main.hampir semput aku dibuatnya.nasib baik ok lagi....
Walaupun penat dan mengah,kami berjaya sampai dulu,puashati sebab berjaya mengalahkan kumpulan yang satu lagi.....hampir kesemua peserta semput.
Aktiviti diwaktu malam selepas seharian berhempas pulas menghabiskan tenaga.Aktiviti santai.
Sambil menikmati juadah makan malam,ada sedikit aktiviti untuk release dengan kerja-kerja yang ada.so,kita enjoy malam ni.Aktiviti di selenggara oleh pihak Eagle Ranch Resort.Kitaorang semua happy malam ni,lupa sekejap semua masalah yang ada.Masa untuk berehat untuk aktiviti seterusnya esok pagi.
Bersedia atau tidak kena redah juga,kalau tak malu beb dengan kawan-kawan.apa nak buat,tadi dah gelakkan orang,sekarang tiba masanya.kecut perut den ni...
Aktiviti pagi,sebelum check out pukul 12 tengahari.Rope course high element.Ketakutan bukan alasan untuk mencuba aktiviti ni.Aku dah la kaki gayat.boleh ke aku buat.
Nampak mudah sebenarnya kalau berada di bawah.Tapi bila kat atas ni goyang lutut aku dibuatnya...terketar-ketar kaki.baru tau,sebelum tu puas dok gelakkan orang lain.
Akhirnya berjaya juga aku turun kebawah dengan satu terjunan.Alhamdulillah.
Kami semua dah melepasi halangan dengan selamat.Memang terbaik lain kali kita cuba lagi.
Lepas check out kita lunch dulu kat sini.Perut kenyang hati pun senang.
Selamat jalan Eagle Ranch Resort sehingga berjumpa lagi di episod yang akan datang.Pengalaman terbaik dan terindah bersama kawan-kawan yang happening dan pihak pengurusan yang very supporting serta peramah.Lain kali kami datang lagi.