Dah lama sebenarnya aku cari ais krim goreng
keluaran Nestle ni.Aku cari kat Giant dengan Tesco semua takda,Last-last
semalam masa beli barang kat 99 Speedmart anak aku Arief Heykal panggil aku..”ayah,ni
ada ais krim goreng”.Aku terus ambik satu.Ada dua perisa kat situ,perisa vanilla
dengan perisa coklat.Aku prefer perisa vanila.Harga RM 9.50 sekotak.Ada 6 pcs.Jatuh
RM1.58 sen 1 pcs.Cukup-cukup untuk aku sekeluarga.Nak beli lebih takut tak
sedap.So sebab nak rasa test satu dulu.
Balik rumah anak aku terus nak goreng,aku cakap
kena masukkan peti sejuk dulu sebab ais krim dah cair.kita bekukan ais krim dia
dulu.Selepas 1 jam operasi pun bermula.
Cara nak hidangkan mudah je.Semudah abc.Buka
kotak,buka plastic,panaskan minyak dan goreng selama 8 saat lebih kurang.Jangan
terlebih goreng,nanti ais krim kat dalam cair jadi tak sedap nak makan.Bak kata
pepatah budak-budak “takda feel nak makan”.
Buka Plastik
Keluarkan ais krim
Panaskan minyak dan goreng
Sedia untuk dimakan
Memang sedap berkrim,panas rangup di
luar,sejuk berkrim didalam.Lepas ni boleh repeat lagi.Korang dah cuba
belum.Kalau belum kena cuba.Aku pun lepas tiga bulan cari sambil lewa akhirnya
dapat gak.Mungkin sebab terlalu laris tu yang susah nak jumpa kot.