Dah lama sebenarnya aku cari ais krim goreng
keluaran Nestle ni.Aku cari kat Giant dengan Tesco semua takda,Last-last
semalam masa beli barang kat 99 Speedmart anak aku Arief Heykal panggil aku..”ayah,ni
ada ais krim goreng”.Aku terus ambik satu.Ada dua perisa kat situ,perisa vanilla
dengan perisa coklat.Aku prefer perisa vanila.Harga RM 9.50 sekotak.Ada 6 pcs.Jatuh
RM1.58 sen 1 pcs.Cukup-cukup untuk aku sekeluarga.Nak beli lebih takut tak
sedap.So sebab nak rasa test satu dulu.
Balik rumah anak aku terus nak goreng,aku cakap
kena masukkan peti sejuk dulu sebab ais krim dah cair.kita bekukan ais krim dia
dulu.Selepas 1 jam operasi pun bermula.
