Tempat Menarik Di Filipina.

Tempat percutian Menarik Di Filipina.

Sebelum ni aku tak terfikir langsung pasal Negara Filipina.Sebab dalam bayangan kepala otak aku Filipina adalah sebuah negara yang tak best untuk dikunjungi.Pasal apa,aku sendiri pun tiada jawapan.Tapi sejak akhir-akhir ini,aku ada banyak terbaca pasal tempat menarik Di Filipina.Rupa-rupanya banyak juga tempat yang best kat sana yer.Nampaknya lepas ni kena set up untuk bercuti ke sana pulak ler....Itupun kalau ada budget lebih.Flight untuk ke Filipina aku rasa lebih kurang dua jam sampai kot.

Oklah jom tengok tempat-tempat yang menarik di Filipina yang aku rasa korang sendiri pun tak pernah tau kan.Tapi kalau korang dah tau dan pernah pergi boleh lah share pengalaman dengan aku kat sini.Jangan kedekut pengalaman.Nanti basi..haha.

Tempat percutian Menarik Di Filipina. 
Lokasi pertama yang aku nak share adalah Gunung Guiting-guiting atau lebih dikenali dengan nama ''Gunung Saw-Tooth''.Kalau korang perasan gunung ini berbentuk gigi kan.memang amat unik dan mengagumkan.Ia merupakan tempat tertinggi di Pulau Sibuyan.Dan ia dikelilingi oleh hutan yang belum pernah diteroka oleh manusia.Kiranya hutan ni masih  lagi asli.Gunung Guiting-guiting juga merupakan sebuah gunung yang paling sukar untuk didaki.Mungkin kerana bentuk mukabumi nya yang tidak sekata.


Tempat percutian Menarik Di Filipina.
Wilayah Batanes terletak di utara Filipina dan ia merupakan tempat paling kaya dengan sejarah dan budaya.Kawasan penempatan berbukit dan bergunung.Pemandangan nya amat menarik sekali.Bak kata pepatah saujana mata memandang.Dengan kehijauan alam yang luas terbentang.Di wilayah ini terdapat gunung Iraya,gunung berapi yang masih aktif dan ia merupakan puncak tertinggi di Wilayah Batanes.

Tempat percutian Menarik Di Filipina.
Menarik kan tempat ni,Nama tempat ni Batad dan ia adalah tapak warisan dunia UNESCO. Jumlah Penduduk disini kira-kira 1,500 orang.Apa yang uniknya tempat ni adalah ia dibina secara teres beras dan telah diwarisi sejak berzaman lagi kira-kira 2000 tahun yang lalu.Jadi kalau ke Filipina jangan lupa singgah ke sini.Itupun kalau jumpa la yer....hehe.

Tempat percutian Menarik Di Filipina.
Pulau Cuatro Islas adalah tempat paling menarik di Filipina untuk dikunjungi kerana ia merupakan permata bagi Filipina.Kawasan ini sangat dilindungi kerana ia tersangat cantik,Pasirnya putih dan mempunyai warna merah jambu halus serta airnya yang sangat jernih.Untuk berada dipulau ini korang cuma diberi masa 20 minit untuk berjalan-jalan dipesisir pantai.Dan yang pastinya tiada orang lain ketika itu.Kalau aku diberi pilihan aku tak pergi pun takpa...haha.

Tempat percutian Menarik Di Filipina.
Korang tengok airnya,jernih betul kan.Fuh,sungguh indah ciptaan ALLAH.nama tempat ni kalau tak silap aku Biri Rock Formation,dan cuba korang tengok pada formasi batuan tu,ia terjadi dan terbentuk lebih kurang 5 hingga 23 juta tahun dahulu....Subhanallah....Cantik betul tempat ni.

Tempat percutian Menarik Di Filipina.
Destinasi terakhir ini diberi nama Kepulauan Ratus,Hanya tiga buah pulau sahaja yang dibangunkan untuk tujuan pelancongan daripada 124 pulau.Ini kerana pulau yang lain akan tenggelam bila air pasang.Jadi kalau ke Filipina cuba cari tempat-tempat yang aku beri ni.Kalau jumpa dan dapat pergi tolong ambik gambar dan kongsikan dengan aku kat sini.Itupun kalau sudila kan kalau nak kongsi dengan aku ni.

Okeylah,aku nak sudahi cerita ni dengan harapan agar ia dapat membantu mereka-mereka yang tercari-cari tempat menarik di Filipina.Dan aku harap korang tak kecewalah bila jumpa blog aku ni.Teruskan pembacaan walaupun kurang best kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...