Showing posts with label rancang masa depan. Show all posts
Showing posts with label rancang masa depan. Show all posts

Buat Simpanan Di Usia Muda.Jangan menyesal di kemudian hari.

coin deposit machine
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Masih ingat lagi tak dengan kata-kata tersebut?Tentu ingat kan.Mungkin ia pesanan dari ibu bapa kita ataupun pesanan dari guru-guru kita di sekolah dulu.Beruntung sapa yang ambil peduli dan amat rugi buat yang tak ambil peduli.Aku la tu.....hehe.

Masa zaman aku sekolah dulu terus terang memang aku langsung tiada tabungan.Tabung ayam pun aku takda.Kalau adapun jiran sebelah punya.Dulu tabung ayam aku rasa antara tabung paling popular sekali dikalangan tabung yang ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tanda-tanda Kerja tidak serasi dengan anda.

Dalam posting yang lepas saya berkongsi dengan pembaca tentang persediaan untuk berhenti kerja.Dan kali ini saya hendak kongsikan tanda-tanda yang anda memang kena berhenti kerja.

stress

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menangi tiket VIP ke "Millionaire Mind Intensive" (bernilai RM325)!

Menangi tiket VIP ke "Millionaire Mind Intensive" (bernilai RM325)!

http://curium-cr.com/share/my/3870/4820650


Menangi 2 tiket VIP ke Kursus  Millionaire Mind intensif  bernilai RM325 yang akan berlangsung pada 8-10 November di Wisma MCA, KL!

Klik Disini untuk mendapatkan Tiket Percuma. 

Saya rasa ini adalah peluang baik kepada sesiapa yang inginkan peningkatan dari segi Motivasi diri dan kerjaya.

Program ini merupakan program yang di ilhamkan oleh T Harv Eker salah seorang pakar motivasi dan jurulatih kejayaan yang terkenal di seluruh dunia.Profesionnya sama macam Dr Azizan.

Pelajari rahsia kejayan dan  kekayaan di kursus Intensif Millionaire Mind   untuk 3 hari PERCUMA!!

Jangan lepas kan peluang.!!!

Rugi tak pergi.

Saya pergi tahun lepas di The Mines Convention Centre 30 Nov - 2 Dec 2012 (Fri - Sun) .
Memang best banyak benda boleh belajar kat situ.
Pergi jangan tak pergi.


Koleksi gambar masa Kursus  tahun lepas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DREAM CAR

Dream Car - Saya pasti setiap orang mesti ada kereta idaman masing-masing kan.

Tak kiralah sama ada kereta antik atau kereta lama ke? atau jenis kereta-kereta mewah yang menjadi idaman setiap setiap orang sekarang ni.

Yang pastinya setiap dari kita ada impian masing-masing.

Betul tak?

Begitu juga saya , sejak sekian lama saya memang amat meminati jenis kereta-kereta mewah yang banyak terdapat di pasaran sekarang ni.

Cumanya impian belum jadi kenyataan lagi.

Bagaimana dengan u ouls?dah dapat belum kereta impian masing-masing....kalau dah dapat Tahniah saya ucapkan.

Kepada yang belum dapat saya doakan semoga korang akan dapat suatu hari nanti...aminn!!

Ini adalah antara kereta-kereta idaman ku.

1-Land Rover
2-BMW 3 Series
3.AUDI R8

Sewaktu menghadiri kursus IMKK 2012 bersama DR Azizan Osman,Beliau ada berkata Berhati-hati dengan apa yang kita impikan.

Lambat laun kita akan memperolehinya.Jadi fikirkan dan impikan hanya yang Baik untuk diri kita.

Think Positif u get positif.

Think negatif u get negatif.

kesimpulannya kalau nak kereta idaman jadi kenyatan,sentiasa fikirkan kereta tersebut dan kalau boleh letak gambar dimana tempat yang senang kita lihat setiap hari.

Semoga dapat jadi inspirasi dan motivasi agar kita lebih berusaha dalam apa jua bidang yang kita ceburi untuk mencapai impian.

Insya ALLAH,saya akan mengejar impian.....

Kita sama-sama mengejar impian.

MENGEJAR PELANGI DISINI.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kesan Inflasi terhadap kewangan kita dimasa depan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEholJbskCklyN2YqqKzXb2Qk1eUfL8BZGCvh2ssPg5vBGuIGUP4Zk1EPeJn9v4tlJRjpenw5Xkcnm9DFpqVaaIehaSmSYs7yNeuqQWbCssDMBRiObWO4OvB7ZDHooeG_ur1p5H5Z4eS06s/s1600/Duit+Baru.jpg
Mengetahui sebab-sebab dan kesan-kesan inflasi dan belajar bagaimana mengatasinya.
Kira-kira 30 tahun yang lalu, sepinggan nasi lemak berharga kurang daripada RM1. Hari ini, ia telah naik sehingga RM5, jadi jangan terkejut untuk membayar lebih dari RM10 untuk sarapan pagi anda dalam dekad yang akan datang!
Ini hanyalah akibat inflasi! Seperti kuasa kadar pulangan berganda, inflasi berganda boleh memberi kesan buruk pada taraf hidup anda sekiranya ia tidak diawasi. Namun begitu, apakah sebab-sebab fenomena ini dan bagaimanakah kita boleh mengatasinya ?
Apakah Inflasi ?
Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi menaik, setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus yang lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Dengan kata lain, terdapat kemerosotan dalam kuasa membeli anda. Sebagai contoh, dari segi teori secawan teh tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus.
Apakah Indeks Harga Pengguna (IHP) ?
Indeks Harga Pengguna (IHP) mengukur perubahan peratusan dalam kos bagi sekumpulan pengguna khusus (60% bandar, 40% luar bandar) untuk membeli satu “bakul” yang mengandungi barangan dan perkhidmatan yang tetap dalam tempoh masa tertentu. Barang-barang yang terdapat di dalam “bakul” tersebut boleh dikumpulkan kepada berikut:
  • Makanan dan minuman tidak beralkohol
  • Minuman beralkohol dan tembakau
  • Pakaian dan kasut
  • Perumahan, bekalan air, bekalan elektrik, gas dan bahan api lain
  • Perabot, peralatan isirumah, rutin penyenggaraan isirumah
  • Kesihatan
  • Pengangkutan
  • Komunikasi
  • Perkhidmatan-perkhidmatan rekreasi dan budaya
  • Pendidikan
  • Restoran-restoran dan hotel-hotel
  • Pelbagai barangan dan perkhidmatan lain
Bagaimanapun, anda harus mengetahui bahawa IHP adalah purata statistik dan mungkin tidak menggambarkan kadar inflasi anda, terutamanya apabila corak perbelanjaan anda banyak berbeza daripada pengguna-pengguna bandar biasa. pada kebanyakan masa, kadar inflasi pada peringkat peribadi atau pengguna untuk penduduk-penduduk bandar adalah dua kali atau lebih tinggi daripada kadar inflasi peringkat kebangsaan.
Apakah Sebab-sebab Berlakunya Inflasi ?
Dua sebab umum berlakunya inflasi adalah:
Permintaan tinggi, bekalan rendah
  • Jikalau permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan, harga barangan terpaksa naik. Juga dikenali sebagai inflasi tarikan-permintaan, ia biasanya berlaku di ekonomi bertumbuh di mana terdapat “terlalu banyak wang mengejar terlalu sikit barangan”.
Peningkatan dalam kos pengeluaran
  • Apabila harga bahan mentah naik, kos pengeluaran akan meningkat. Ini akan mengakibatkan syarikat-syarikat menaikkan harga untuk mengekalkan margin keuntungan. Ini juga berlaku apabila pekerja-pekerja meminta gaji yang lebih tinggi kerana syarikat-syarikat biasanya memindah kos-kos ini kepada pengguna-pengguna.
Apakah Kesan-kesan Inflasi ?
  • Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah. Namun begitu, inflasi boleh menyebabkan krisis apabila peratusan itu meningkat lebih tinggi daripada peringkat yang telah ditetapkan. Cara yang paling nyata ia menjejaskan kewangan peribadi anda adalah dengan mengurangkan kuasa membeli anda. Anda akan mendapati harga produk dan perkhidmatan setiap hari meningkat dan kos pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah turut menaik.
Contoh:
  • Pada tahun 1978 (30 tahun dahulu), RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2008, RM300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2028 (20 tahun kemudian), RM300 mungkin hanya boleh membeli barangan runcit dua hari untuk keluarga berempat orang.
Dengan memahami perbezaan di antara pulangan nominal dan pulangan benar, anda akan dapat melihat kesan inflasi pada wang anda. Pulangan nominal merujuk kepada kadar pertumbuhan wang anda manakala pulangan nominal menolak kadar inflasi. Oleh demikian, wang yang disimpan di dalam simpanan tetap akan mengurang nilainya disebabkan kesan penghakisan inflasi.
Contoh:
  • Kadar inflasi tetap 12 bulan = 4%
  • Kadar inflasi (peringkat peribadi) = 6%
  • Pulangan benar daripada pelaburan = 4% – 6% = -2%
Bagaimanakah Kita Boleh Mengatasi Inflasi ?
  • Setelah mengetahui bagaimana inflasi boleh mengurangkan kuasa membeli anda dengan drastik, pelabur-pelabur harus mempertimbangkan cara-cara melindungi pelaburan mereka daripada kesan-kesan penghakisan inflasi. Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi:
Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda.
  • Untuk melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangka masa panjang, pilihan terbaik adalah dengan mendapat pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. Ekuiti-ekuiti dan dana-dana ekuiti serta saham-saham yang memberi dividen tinggi harus dipertimbangkan kerana mereka boleh mengurangkan kesan-kesan inflasi.
Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan-pelaburan anda.
  • Sebuah portfolio seimbang yang mengandungi saham-saham, bon-bon dan sekuriti-sekuriti pasaran wang dapat mengurangkan risiko dan memberi perlindungan terhadap inflasi. Ini disebabkan nilai sejenis pelaburan mungkin akan menaik sementara pelaburan-pelaburan lain menurun. Namun begitu, kepelbagaian tidak dapat melindungi anda daripada kerugian dalam pasaran menurun.
Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak.
  • Walaupun anda mendapat kecairan dengan memegang wang di tangan atau menyimpankannya di dalam simpanan tetap, wang tersebut mungkin akan mengurang nilainya melalui inflasi. Sebaliknya, pelabur-pelabur berisiko rendah boleh membuat pertimbangan untuk memindahkan wang mereka ke sebuah portfolio seimbang (terdiri daripada 60 peratus ekuiti dan 40 peratus bon) untuk mendapatkan pulangan diselaraskan inflasi yang baik bagi tempoh sederhana hingga panjang.
Melabur di dalam sektor-sektor yang berdaya tahan.
  • Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu, pelabur-pelabur boleh melabur dalam sektor-sektor berdaya tahan dan saham-saham mewah sebagai perlindungan terhadap inflasi. Sektor-sektor ini termasuk telekomunikasi, utiliti dan pengangkutan. Emas juga diibaratkan sebagai tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan atau semasa inflasi menaik.
Menguruskan hutang anda.
  • Mengurangkan hutang anda ke tahap minima amat bermakna kerana kadar faedah menaik seiring dengan inflasi. Anda sepatutnya membayar habis pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi dengan secepat mungkin, terutamanya apabila kadar faedah sedang meningkat.




 salam kekayaan dan kejayaan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERBANDINGAN JENIS2 PELABURAN

mari bandingkan jenis pelaburan, kebaikan dan keburukannya



Jenis Pelaburan: Simpanan Biasa (1% – 2% pulangan)

Penerangan: Kumpulan wang yg berikan kadar faedah yg kecil secara tahunan atau bulanan
Kebaikan:
Mudah diambil (kecairan tinggi),
Hampir tiada risiko.
Keburukan: Pulangan tak dapat saingi inflasi (inflasi semasa + – 5%),
Kuasa membeli akan gagalkan wawasan simpanan,
simpanan cepat susut kerana kecairan tinggi.
Jenis Pelaburan: Simpanan Tetap (Fixed Deposit) (2% – 3% pulangan)
Penerangan: Pulangan yg menjamin pulangan tetap pada tempoh tertentu (tempoh matang)
Kebaikan:
Pulangan terjamin,
Hampir tiada risiko.
Keburukan:
Pulangan tak dapat saingi inflasi,
Tiada pulangan jika dikeluarkan sebelum tempoh matang,
Tak sesuai untuk penambahan simpanan (top-up).
 


Jenis Pelaburan: Pasaran Saham (1% – 300%)

Penerangan: Pelaburan dalam saham-saham syarikat di bursa saham

Kebaikan:
Pulangan yang tinggi dan lumayan dalam jangka masa pendek
Keburukan:
Risiko sangat tinggi,
Pelabur berisiko berakhir dengan hutang,
Perlu pengetahuan teknikal serta masa yang betul,
Bayaran brokerage remisier yang tinggi dsb

Jenis Pelaburan: Waran, Debentur dan yg sewaktu dengannya

Penerangan: Pelaburan melibatkan sejenis pinjaman terjamin yg mempunyai aset syarikat sebagai cagaran

Kebaikan:
Risiko lebih rendah berbanding saham,
Prestasi meningkat selaras dgn prestasi syarikat.
Keburukan:
Tidak mudah cair,
tidak mudah diniagakan dalam pasaran saham,
Faedah yg tetap,
Perlu ditunaikan ketika sebelum waktu matang tak kira untung atau rugi.
 

Jenis Pelaburan: Hartanah (10% ke atas)

Penerangan: pelaburan dalam hartanah spt rumah, tanah, kondomium, projek perumahan, konsep beli pada harga mentah atau murah kemudian jual bila harga tinggi

Kebaikan:
Rumah adalah keperluan asas dan tanah adalah aset tetap,
Ada 2 jenis pulangan iautu sewa dan jual terus.
Keburukan:
Perlu modal mula yang tinggi,
Harga sukar pulih jika pasaran merudum dan lokasi kurang sesuai.
Kecairan rendah (mungkin ambil masa hingga bertahun-tahun) bagi selesaikan 1 urus niaga. Tidak mudah alih.
 

Jenis Pelaburan: Amanah Saham (Unit Trust) (10% ke atas)

Penerangan: Pelaburan yang mengumpul modal daripada pelabur individu dan korporat dengan kepakaran pasukan pengurus dana (cth; CIMB wealth advisors, Public Mutual) dan dengan pemantauan pemegang amanah (trustee)

Kebaikan:
Risiko diagihkan (diversify) supaya terkawal,
Kecairan tinggi,
Diuruskan oleh professional,
Modal permulaan yang rendah.
Keburukan:
Tertakluk kepada risiko yang telah dibincangkan dalam post yang lepas.

Pilihan ramai tentulah dengan melabur dengan Amanah Saham (Unit Trust) dan lebih lebih lagi dari Unit Trust Public Mutual, kerana adalah Syarikat Unit Amanah Saham No. 1 di Malaysia

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi JAMIAN SARIF-012 2676091 Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bumiputera tidak terburu-buru melabur

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Peluang yang terbuka secara berterusan untuk pelabur Bumiputera melabur dalam pelbagai unit amanah Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyebabkan mereka tidak terburu-buru untuk merebut peluang yang ada.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, keadaan itu menyebabkan terdapat unit-unit dana amanah yang dilancarkan kemudian kurang mendapat sambutan.

''Berbanding kaum bukan bumiputera, peluang yang mereka dapat terhad dan sebab itu apabila ada peluang (langganan) mereka akan berbuat demikian dengan segera.

''Kaum Bumiputera (pula) boleh melabur bila-bila masa kerana banyak lagi unit amanah yang diperuntukan kepada mereka masih belum dijual,'' katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sambutan kaum Bumiputera yang agak perlahan dalam unit saham amanah berbanding kaum lain.

Mengulas lanjut, Hamad Kama Piah berkata, kaum Bumiputera bukan tidak memahami pelaburan tetapi masih memerlukan masa untuk membuat persediaan ke arah itu.

Ini kerana, para pelabur Bumiputera hanya membuat pelaburan apabila mempunyai lebihan wang.

Bagaimanapun, katanya, dalam situasi ekonomi semasa, pelaburan Bumiputera dalam unit-unit amanah PNB meningkat sebanyak RM7 bilion.

Malah, pelaburan Bumiputera dalam unit Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Didik sentiasa meningkat setiap tahun.

Jelasnya, menyedari hakikat itu PNB menganjurkan pelbagai kempen pendidikan untuk memastikan kaum Bumiputera memahami dan kemudian membuat keputusan pelaburan.

''Sebagai firma pelaburan, kami menyediakan peluang dan akhirnya pelabur yang membuat keputusan. Kita tidak boleh memaksa,'' tambah beliau.

Ditanya mengapa PNB tidak menawarkan peruntukan Bumiputera yang tidak habis dilanggan kepada entiti lain seperti koperasi yang dikuasai kaum itu, Hamad Kama Piah berkata: ''Pelaburan unit amanah di PNB adalah untuk individu''.

Menurut beliau, tawaran unit amanah bukan boleh peruntukkan sesuka hati kerana setiap entiti juga mempunyai kategori pelaburan yang tersendiri.

''Setakat ini, tawaran kita adalah kepada individu,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Hamad Kama Piah turut menjelaskan PNB sentiasa menggunakan kadar simpanan di bank sebagai perbandingan tentang kelebihan unit amanahnya kerana pelaburan yang dibuat dengan firma itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

''Kita kena sedar bahawa unit amanah PNB berbeza kerana pelabur boleh keluar wang pada bila-bila masa.

''Kategorinya seperti simpanan, kriterianya juga seperti simpanan, jadi apalah salahnya kita bandingkan ia dengan instrumen yang sama,'' ujarnya.

-------------------------------:---------------------------------

Amanah Saham seperti ASB, ASW, ASN bukanlah satu bentuk pelaburan yang sebenar. Dengan pulangan dividen yang rendah lebih kurang 7%-9% setahun, kadar inflasi pun melebihi 8% setahun. Hanya orang yg kurang pengetahuan kewangan sahaja yg membeli unit amanah saham. Sebenarnya ASB, ASW, ASD adalah satu 'scam' berlesen yg dianjurkan oleh kerajaan apabila kekurangan wang tunai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...