Showing posts with label UNIT AMANAH. Show all posts
Showing posts with label UNIT AMANAH. Show all posts

Percutian Percuma Ke Ho Chi Minh,Vietnam.

Percutian Percuma Ke Ho Chi Minh,Vietnam.

Alhamdulillah ini merupakan tahun ke enam aku berada di dalam Industri Unit amanah bersama syarikat Unit Amanah No 1 di Malaysia iaitu Public Mutual Bhd.Dan tahun ini adalah tahun ke dua aku berada dalam Business ini secara full time.Walaupun kejayaan aku ini merupakan sebuah kejayaan kecil tapi aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sentiasa memberikan aku ruang dan peluang untuk terus berusaha mencapai apa yang diinginkan.Pada tahun ini aku telah berjaya melayakkan diri untuk trip percuma ke Ho Chi Minh,Vietnam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keratan Akhbar : RM900 Million Taken Out From EPF For Unit Trust Investment

Source : Business Times Online (10 June 2010)

A significantly larger number of Employees Provident Fund (EPF) members have opted to withdraw part of their retirement savings for investment in unit trusts.

In a statement today, EPF said the amount withdrawn under Members’ Investment Withdrawals in the first quarter of 2010 rose 43.26 per cent to RM911.15 million from RM636.01 million (Q4 2009: RM896.66 million) withdrawn in the corresponding period last year.

Total applications approved under this withdrawal increased to 113,809 (Q4 2009: 114,375) from 87,420 in the same period last year.

“The increase in withdrawals for investments is in tandem with the recovery in the domestic economy that began in the third quarter of 2009 and has since continued to gain momentum,” said EPF Chief Executive Officer Tan Sri Azlan Zainol in the statement.

EPF said the increase was also attributed to the rise in the number of members who were eligible for investment withdrawals.
Priority towards prudent investing was also reflected in the increasing number of retirees who opted for Flexible 55 Withdrawals to stretch the value of their retirement savings as opposed to Lump Sum Withdrawals, it added.

In the first quarter of 2010, EPF recorded a 52.80 per cent increase in applications from members who had opted for Flexible 55 Withdrawals in which a total of 14,869 applications (Q4 2009: 11,929) were received compared to the 9,731 applications in the corresponding period in 2009.

The amount withdrawn during the quarter grew by 26.05 per cent to RM637.73 million (Q4 2009: RM454.12 million) from RM505.94 million in the corresponding period last year.

“This also signifies the confidence members have in allowing the EPF to continue managing their retirement savings over a longer period,” Azlan said.

This sentiment was again reflected in the marginal 1.99 per cent increase of approved applications for Lump Sum Withdrawals during the quarter to 36,349 applications (Q4 2009: 30,120) from 35,640 in the corresponding period last year.

The amount withdrawn during the quarter also grew by a marginal 0.70 per cent to RM1,632.52 million (Q4 2009: RM1,235.52 million) from RM1,621.15 million in corresponding period in 2009.
Meanwhile, the total number of members who had nominated their beneficiaries was 3,253,721. — Bernama

KEPADA MEREKA YANG ADA AKAUN KWSP DAN MASIH BELUM MELABUR KE UNIT TRUST LAGI.

SILA AMBIL PELUANG BESAR INI.

MASA ADALAH EMAS.

JANGAN TUNGGU SAMPAI ESOK.
 

JUST DROP YOUR question TO ME AT ijampm@yahoo.com ataupun call/sms saya di 012-2676091
Jamian Sarif   
klik sini untuk maklumat lanjut pelaburan kwsp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK MASUK UNIVERSITI.MAMPUKAH ANDA? pelan pendidikan

setiap ibubapa mahu anak2 mereka mendapat pendidikan yg terbaik utk anak2 mereka tak kiralah samaada belajar di dalam negara ataupun luar negara.segalanya memerlukan belanja yg besar.dan kebanyakannya diluar lingkungan kemampuan ibubapa.
utk mula melangkah masuk ke universiti pun sudah mula menggunakan belanja yg kasar,bagaimana pula dgn kos sepanjang bertahun-tahun anak2 ketika berada di universiti tersebut.bagaimana pula jika menyambung pengajian samaada didalam atau luar negara.
Berikut adalah perbelanjaan yang perlu disediakan jika ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (rujukan 2009):



Bagaimana, adakah anda mampu? Jika jawapan anda adalah YA, mari kita beralih ke waktu 15 tahun yang akan datang di mana anak anda yang kini berusia 3 tahun akan melangkah masuk ke alam universiti. Untuk pengiraan kali ini saya ingin menjemput seorang tetamu istimewa untuk menyertai kita, saya mempersilakan encik INFLASI untuk naik ke pentas! Untuk makluman anda semua, tugas utama encik INFLASI adalah meningkatkan kos perbelanjaan pendidikan sebanyak 5% setahun. Ini kerana adalah mustahil semua universiti yang disenaraikan di atas akan mengekalkan yuran pengajian mereka setiap tahun, tidak dapat tidak pihak universiti perlu meningkatkan yuran pengajian lantaran peningkatan kos pengurusan, penambahbaikan, dan lain-lain. Apa akan terjadi jika kos pendidikan meningkat sebanyak 5% setahun sepanjang 15 tahun? Sila lihat ini:

free download










jika jumlah yuran pengajian di atas sudah memeningkan kepala anda, apa akan jadi jika saya nyatakan pula jumlah perbelanjaan untuk sara hidup, penginapan, pengangkutan dan keperluan-keperluan lain? Anda mungkin akan tergamam dan hati anda akan lebih berbelah-bagi untuk mengizinkan anak-anak menyambung pengajian. Jangan begitu...setiap masalah ada penyelesaiannya, dengan syarat anda bermula dari awal.

Begini, andaikan tahun 2009 saya mempunyai 2 orang anak yang masing-masing berumur 3 dan 5 tahun. Saya akan menunjukkan bagaimana saya menyediakan dana/simpanan pendidikan supaya apabila tiba masanya nanti (tahun 2024) saya mampu menyediakan pendidikan berkualiti untuk mereka di Universiti Industri Selangor (IPTS). Terdapat dua cara:

DANA PENDIDIKAN
Jumlah perbelanjaan untuk yuran pengajian untuk anak-anak saya adalah RM 122,500 (RM 61,250 x 2). Jadi saya melaburkan wang sebanyak RM 30,000 dalam dana unit amanah yang dijangka akan memberi pulangan sekitar 11% setahun. Saya melabur hanya sekali dan tidak pernah menambah pelaburan atau mengeluarkannya. Jadi apabila tiba masanya pada tahun 2024 saya akan memperolehi RM 143,400!!! Ini sudah melebihi jumlah yang saya perlukan untuk yuran pengajian mereka, menarik bukan?

SIMPANAN PENDIDIKAN
Jumlah perbelanjaan untuk yuran pengajian untuk anak-anak saya adalah RM 122,500 (RM 61,250 x 2). Lantaran saya tidak memiliki wang yang banyak saya hanya mampu menabung sebanyak RM 360 setiap bulan dalam dana unit amanah yang dijangka akan memberi pulangan sekitar 9% setahun. Saya menabung setiap bulan tanpa henti dan saya juga tidak pernah mengeluarkan wang tersebut. Akhirnya saya akan menerima pulangan sebanyak RM 150,000 untuk digunakan sebagai perbelanjaan yuran pengajian anak-anak saya apabila mereka memasuki universiti pada tahun 2024. tak payah saya pinjam ptptn.

berita harian

Ketika kita menghantar anak-anak ke sekolah, kita selalu berpesan supaya mereka belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. Apabila mereka berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dan menerima tawaran melanjutkan pengajian ke universiti, adakah kita mahu menghampakan harapan mereka?

Ingatlah, pinjaman PTPTN atau MARA belum tentu mampu membantu. Ini adalah kerana PTPTN dijangka akan mengalami defisit sebanyak RM 48 bilion pada tahun 2020 yang mana akan menyebabkan tiada lagi pinjaman akan diberikan. MARA juga dijangka akan mengalami nasib yang sama kerana keengganan peminjam-peminjam melunaskan hutang mereka.
tunggu apa lagi hubungi saya skrg utk memulakan langkah pertama anda.demi anak2 yg tersayang.

Jamian Sarif
012-2676091
ijampm@yahoo.com Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bumiputera tidak terburu-buru melabur

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Peluang yang terbuka secara berterusan untuk pelabur Bumiputera melabur dalam pelbagai unit amanah Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyebabkan mereka tidak terburu-buru untuk merebut peluang yang ada.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, keadaan itu menyebabkan terdapat unit-unit dana amanah yang dilancarkan kemudian kurang mendapat sambutan.

''Berbanding kaum bukan bumiputera, peluang yang mereka dapat terhad dan sebab itu apabila ada peluang (langganan) mereka akan berbuat demikian dengan segera.

''Kaum Bumiputera (pula) boleh melabur bila-bila masa kerana banyak lagi unit amanah yang diperuntukan kepada mereka masih belum dijual,'' katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sambutan kaum Bumiputera yang agak perlahan dalam unit saham amanah berbanding kaum lain.

Mengulas lanjut, Hamad Kama Piah berkata, kaum Bumiputera bukan tidak memahami pelaburan tetapi masih memerlukan masa untuk membuat persediaan ke arah itu.

Ini kerana, para pelabur Bumiputera hanya membuat pelaburan apabila mempunyai lebihan wang.

Bagaimanapun, katanya, dalam situasi ekonomi semasa, pelaburan Bumiputera dalam unit-unit amanah PNB meningkat sebanyak RM7 bilion.

Malah, pelaburan Bumiputera dalam unit Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Didik sentiasa meningkat setiap tahun.

Jelasnya, menyedari hakikat itu PNB menganjurkan pelbagai kempen pendidikan untuk memastikan kaum Bumiputera memahami dan kemudian membuat keputusan pelaburan.

''Sebagai firma pelaburan, kami menyediakan peluang dan akhirnya pelabur yang membuat keputusan. Kita tidak boleh memaksa,'' tambah beliau.

Ditanya mengapa PNB tidak menawarkan peruntukan Bumiputera yang tidak habis dilanggan kepada entiti lain seperti koperasi yang dikuasai kaum itu, Hamad Kama Piah berkata: ''Pelaburan unit amanah di PNB adalah untuk individu''.

Menurut beliau, tawaran unit amanah bukan boleh peruntukkan sesuka hati kerana setiap entiti juga mempunyai kategori pelaburan yang tersendiri.

''Setakat ini, tawaran kita adalah kepada individu,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Hamad Kama Piah turut menjelaskan PNB sentiasa menggunakan kadar simpanan di bank sebagai perbandingan tentang kelebihan unit amanahnya kerana pelaburan yang dibuat dengan firma itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

''Kita kena sedar bahawa unit amanah PNB berbeza kerana pelabur boleh keluar wang pada bila-bila masa.

''Kategorinya seperti simpanan, kriterianya juga seperti simpanan, jadi apalah salahnya kita bandingkan ia dengan instrumen yang sama,'' ujarnya.

-------------------------------:---------------------------------

Amanah Saham seperti ASB, ASW, ASN bukanlah satu bentuk pelaburan yang sebenar. Dengan pulangan dividen yang rendah lebih kurang 7%-9% setahun, kadar inflasi pun melebihi 8% setahun. Hanya orang yg kurang pengetahuan kewangan sahaja yg membeli unit amanah saham. Sebenarnya ASB, ASW, ASD adalah satu 'scam' berlesen yg dianjurkan oleh kerajaan apabila kekurangan wang tunai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelaburan Dan Simpanan -senjata jutawan

oleh Irfan Khairi

Sering saya ditanya ?Apakah rahsia untuk menjadi kaya??. Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya? tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran?

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let?s face it? RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang
besar.

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya
hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.

RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?

Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)

Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat
mudah. Katanya, compund interest adalah ?the greatest invention of all time?.

Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah
untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12% (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual funds). (Why not choose PUBLIC MUTUAL:wink: )

Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!

Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk compound interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek compound interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun.

Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.

Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun?

Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39

Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 - walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.

Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat - walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh? tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!

Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!

Salam cemerlang!

p/s : Fikirkan dan renungkanlah masa depan anda tanpa pelaburan atau simpanan.Jika anda berminat , SILA Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat dan nasihat:-



JAMIAN SARIF

012-2676091

salam.erat@yahoo.com


jika anda ingin melabur menggunakan skim kwsp akaun 1 dan ingin mengetahui berapa yg anda layak untuk melabur sila taip nama < >no ic < > jumlah akaun 1 anda < .> lokasi anda dan hantar ke 012-2676091 Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Public Mutual declares income distributions for five of its funds

Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual has announced distributions for five of its funds. The total gross distributions declared are for the financial year ended 31 May 2009:

Fund Gross Distribution / Unit

Public Ittikal Fund 6.00 sen per unit
Public Islamic Equity Fund 1.75 sen per unit
Public Dividend Select Fund 2.00 sen per unit
Public Balanced Fund 5.00 sen per unit
Public Select Bond Fund 2.50 sen per unit


Public Mutual’s Chairman Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow is pleased that the company was able to declare distributions on these five funds despite these trying times. “Although market conditions were challenging, our funds still managed to outperform their respective benchmarks and achieved respectable double-digit three-year returns to our investors,” he said.

Based on The Edge-Lipper Fund Table dated 18 May 2009, Public Ittikal Fund and Public Islamic Equity Fund have generated a three-year return of 16.87% and 19.26% respectively for the period ended 8 May 2009. Both funds have outperformed the benchmark, which registered a return of 7.92% for the same period.

Meanwhile, Public Dividend Select Fund has generated a three-year return of 23.33% for the period ended 8 May 2009, outperforming the benchmark, which registered a return of 6.30% for the same period. Public Balanced Fund and Public Select Bond Fund also surpassed their respective benchmarks by registering three-year returns of 26.33% and 13.85% respectively.

Public Mutual is Malaysia’s largest private unit trust company with 69 funds under management. It has over 2,000,000 accountholders serviced by over 43,000 unit trust consultants. As at 8 May 2009, the total net asset value of the funds managed by the company was RM27.4 billion. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nasihat & Prinsip Warren Buffet

Majalah Forbes baru sahaja mengeluarkan senarai Billionaire yang terbaru 2009. (Perasan tak.. dalam bahasa melayu.. tiada perkataan yang sama maksud dengan “billionaire”.. yang ada hanyalah “millionaire”= jutawan..)

Baiklah, mari kita lihat senarai terkini Billionaire di dunia..


1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)

3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion - Oracle - AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)

6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion - Aldi - Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion - Petrokamia - India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion - Besi - India)

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion - Aldi - Trader Joe’s - Jerman)

10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion - Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion - Wal-Mart - AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion - Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion - Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion - LVMH - Perancis)

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion - Hong Kong)

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion - Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion - Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion - Pembuatan, Tenaga - AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) - Pembuatan, Tenaga - AS)
Nasihat Warren Buffet

Ok.. ini pula kata-kata Warren Buffet tentang pengurusan kewangan. Bagi mereka yang tidak mengetahui siapa itu Warren Buffet?

Warren buffet ialah orang kedua terkaya di dunia dan beliau adalah pemilik kepada syarikat pelaburan, Berkshire Hathaway. Purata % keuntungan yang diperolehi oleh syarikat beliau setiap tahun ialah sebanyak 34%. setahun Syarikat pelaburan beliau ini adalah syarikat pelaburan yang terbaik di dunia… (Itu yang saya hairan suatu ketika dulu.. macam mana syarikat pelaburan “swisscash” boleh beri keuntungan 300% setahun? Sedangkan syarikat pelaburan terbaik dunia pun hanya mampu beri 34% je.. oh!dunia....)

Berikut ialah nasihat dari Warren Buffet (setelah dialihbahasakan).

Bekerja Keras : Semua kerja keras akan membawa kepada keuntungan, tetapi jika “cakap sahaja” , akan membawa kepada kemiskinan.

Kemalasan : Orang yang tidur akan hanyut dibawa arus

Pendapatan : Jangan sesekali bergantung kepada hanya satu sumber pendapatan. Sekurang-kurangnya, buatlah pelaburan sebagai pendapatan kedua anda

Perbelanjaan : Jika anda membeli sesuatu yang anda tidak perlukan, kelak, anda akan menjual sesuatu yang anda perlukan.

Simpanan : Jangan menyimpan apa yang tinggal selepas berbelanja. Berbelanjalah selepas apa yang tinggal selepas menyimpan.

Pinjaman : Si peminjam akan menjadi hamba kepada si pemberi pinjaman (Original : It’s no use carrying an umbrella, if your shoes are leaking)

Perakaunan : Tiada gunanya bawa payung jika kasut anda bocor.

Audit : Hati-hati dengan perbelanjaan kecil. Kebocoran kecil boleh menyebabkan sebuah kapal yang besar boleh karam di lautan.

Pengambilan Risiko : Jangan sesekali menguji kedalaman sungai menggunakan kedua-dua kaki anda.

Pelaburan : Jangan masukkan semua telur anda dalam satu bakul.bermaksud jangan melabur hanya pada satu tempat .tapi pelbagaikan pelaburan anda.

SUMBER:http://www.mohdsuhaimy.com

hubungi saya untuk pertanyaan
jamian sarif
0122676091
perunding unit amanah public mutual
salam.erat@yahoo.com

Pelaburan secara tunai dengan permulaan serendah RM1000, Top-up serendah RM100 setiap kali pada bila bila masa. Anda juga Layak melabur 20% daripada akaun 1 KWSP (mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP)

UNTUK MENGETAHUI BERAPA YANG ANDA LAYAK UNTUK MMELABUR MENGGUNAKAN AKAUN 1 KWSP SILA SMS SAYA DENGAN MENAIP....

NAMA < > NO IC < > JUMLAH AKAUN 1 KWSP ANDA < > LOKASI ANDA DAN HANTAR KE 0122676091

SAYA AKAN BERI JAWAPAN SEBERAPA SEGERA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Public Mutual mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak lebih RM80 juta kepada pelabur-pelaburnya

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan
pendapatan sebanyak lebih RM80 juta untuk dua daripada dana-dana Islamnya. Jumlah
pengagihan kasar yang diumumkan untuk tahun kewangan berakhir 30 April 2009 adalah
seperti berikut:

Dana Pengagihan Kasar / Unit

Public Dana Islamic Dividend 1.25 sen
Public Dana Islamic Asia Dividend 0.25 sen


Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata bahawa Public
Mutual bersukahati kerana berupaya mengumumkan pengagihan untuk dua dana Islam
tersebut walaupun keadaan pasaran amat mencabar.
Public Dana Islamic Dividend yang dilancarkan pada tahun 2006, merupakan sebuah dana
Islam dividen tempatan yang terbuka bagi Skim Pelaburan Ahli KWSP. Sementara itu,
Public Dana Islamic Asia Dividend yang dilancarkan setahun selepas itu, merupakan
sebuah dana Islam dividen serantau yang melabur dalam pasaran-pasaran asing, ini
termasuk Korea Selatan, Negara China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Indonesia,
Singapura, Negara Thai, Australia, New Zealand dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.
Kedua-dua dana ini bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dengan melabur dalam
sebuah portfolio saham yang memenuhi kehendak Shariah serta menawarkan atau
mempunyai potensi untuk menawarkan hasil dividen yang menarik.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia,
mengurus sebanyak 68 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000
pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 42,000 perunding unit amanah. Pada 31
Mac 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah
sebanyak RM24.2 bilion.

hubungi saya untuk pertanyaan
jamian sarif
0122676091
perunding unit amanah public mutual
salam.erat@yahoo.com

Pelaburan secara tunai dengan permulaan serendah RM1000, Top-up serendah RM100 setiap kali pada bila bila masa. Anda juga Layak melabur 20% daripada akaun 1 KWSP (mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP)

UNTUK MENGETAHUI BERAPA YANG ANDA LAYAK UNTUK MMELABUR MENGGUNAKAN AKAUN 1 KWSP SILA SMS SAYA DENGAN MENAIP....

NAMA < > NO IC < > JUMLAH AKAUN 1 KWSP ANDA < > LOKASI ANDA DAN HANTAR KE 0122676091

SAYA AKAN BERI JAWAPAN SEBERAPA SEGERA... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Dalam dunia ini dimana paras harga terus melambung tinggi, adalah tidak memadai jika anda hanya menyimpan wang dalam bentuk simpanan tradisional. Dengan inflasi yang terus menghakis kuasa beli wang anda, adalah penting supaya wang yang diperolehi dengan titik peluh anda tidak terbiar begitu sahaja tetapi terus memberi pulangan kepada anda secara berterusan

Apabila dilabur dengan bijak, wang yang berjumlah kecil pun boleh membawa perbezaan yang besar. Sasaran-sasaran penting dalam hidup seperti membeli rumah, merancang persaraan, membuat peruntukan untuk pendidikan anak-anak dan menikmati kebebasan kewangan boleh dicapai dengan melabur wang yang berjumlah kecil itu secara bijaksana dan konsisten. Namun, masih ramai yang mendapati sasaran-sasaran murni ini terletak diluar pencapaian mereka semata-mata kerana mereka tidak mengetahiu tentang pilihan-pilihan pelaburan yang terbuka untuk mereka.

Jika anda berhasrat untuk bertukar dari cara pelaburan tradisional tetapi tidak mempunyai masa dan kemahiran, untuk menjejak dan membuat penyelidikan tentang pasaran pelaburan, maka unit amanah / unit trust mungkin adalah jawapan untuk anda

hubungi saya untuk pertanyaan
jamian sarif
0122676091
perunding unit amanah public mutual
salam.erat@yahoo.com


Pelaburan secara tunai dengan permulaan serendah RM1000, Top-up serendah RM100 setiap kali pada bila bila masa. Anda juga Layak melabur 20% daripada akaun 1 KWSP (mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP)

UNTUK MENGETAHUI BERAPA YANG ANDA LAYAK UNTUK MMELABUR MENGGUNAKAN AKAUN 1 KWSP SILA SMS SAYA DENGAN MENAIP....

NAMA < > NO IC < > JUMLAH AKAUN 1 KWSP ANDA < > LOKASI ANDA DAN HANTAR KE 0122676091

SAYA AKAN BERI JAWAPAN SEBERAPA SEGERA... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...