Percutian Percuma Ke Ho Chi Minh,Vietnam.

Percutian Percuma Ke Ho Chi Minh,Vietnam.

Alhamdulillah ini merupakan tahun ke enam aku berada di dalam Industri Unit amanah bersama syarikat Unit Amanah No 1 di Malaysia iaitu Public Mutual Bhd.Dan tahun ini adalah tahun ke dua aku berada dalam Business ini secara full time.Walaupun kejayaan aku ini merupakan sebuah kejayaan kecil tapi aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sentiasa memberikan aku ruang dan peluang untuk terus berusaha mencapai apa yang diinginkan.Pada tahun ini aku telah berjaya melayakkan diri untuk trip percuma ke Ho Chi Minh,Vietnam.

Terima kasih banyak aku ucapkan kepada semua pelanggan yang mempercayai dan terus setia menjadi pelanggan aku.Sekiranya ada yang terkurang layanan maaf dipinta.Alhamdulillah kebanyakan pelanggan unit amanah di bawah pengurusan aku hampir kesemuanya telah mencapai keuntungan lebih 50%.Kepada yang masih baru harap bersabar.Giliran Korang akan tiba.

Dan juga jutaan terima kasih kepada keluarga yang banyak membantu dari segi sokongan moral.Kepada rakan-rakan seangkatan yang sentiasa memberikan semangat dan motivasi ketika aku mempunyai masalah (moral down).Biasalah nama pun manusia.Memang tak boleh lari dari masalah.Apa yang penting cara kita mengatasi setiap dugaan dan rintangan.In shaa allah aku akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik demi kepentingan semua. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...