Cara Bayar Saman Parking MBSA online

Bayar Saman Parking

Nasib kurang baik sikit hari ni,selalu parking tak pernah kena sama.Lepak dengan member blogger Farid Laham  kat Old Town  seksyen 7 Shah Alam, sebab dah lama tak jumpa.Saja nak tau perkembangan beliau dalam arena blogger.Lama juga sembang sampai tak sedar Awek MBSA tengah ronda nak saman parking.Aku rasa cuma lewat dalam 10 saat jer.Kalau aku keluar cepat sikit mungkin tak kena saman,Sebab masa aku keluar nak ke parking Awek MBSA tu baru letak surat saman kat cermin kereta.


Aku tengok boleh bayar saman kompaun RM10 dalam masa 24 jam,kalau lambat kena bayar lebih.So,balik rumah aku pun terus bayar online.Jom aku nak tunjuk sikit cara bayar saman parking MBSA  Online.Senang je.Sebenarnya cara untuk bayar saman parking atau kompaun MBSA ada 3 cara.

Boleh bayar melalui kaunter MBSA, Kaunter Bank Muamalat ataupun secara online melalui perbankan internet dengan menggunakan website MBSA - eps.mbsa.gov.my

Aku memilih untuk bayar secara online menggunakan maybank2u.Mula-mula korang perlu register dulu di website MBSA .Isi borang seperti gambar dibawah.

Bayar Saman Parking
Isi maklumat lengkap tentang diri korang.

Bayar Saman Parking
Bila dah daftar.Boleh login ke akaun MBSA untuk semak saman yang ada.

Bayar Saman Parking
Jika saman  masih dalam tempoh 24 jam ia tidak akan terpapar terus.Korang kena klik kat bahagian carian seperti gambar di atas.

Bayar Saman Parking
Klik pada kotak dibahagian tepi untuk meneruskan urusan.Jumlah bayaran akan terpapar seperti diatas jika belum 24 jam.Selepas 24 jam ia akan bertukar menjadi RM30.Selepas 14 hari ia akan bertukar ke RM50 dan selepas tempoh 28 hari ia akan menjadi RM100 dan perntah mahkamah akan dikeluarkan.

Bayar Saman Parking
Pada bahagian ini,Korang di beri 2 pilihan bayaran samada menggunakan kredit kad ataupun perbankan internet.Klik pada petak yang korang pilih.

Bayar Saman Parking
Selepas klik petak pilihan untuk pembayaran.Sila ikuti langkah seterusnya.Klik bayar.

Bayar Saman Parking
Pilih bank mana yang korang suka nak buat bayaran.

Bayar Saman Parking
Jangan lupa masukkan email dan klik agre and continue.Dan ikut arahan yang diberikan dengan cermat dan teratur bagi mengelakkan sebarang kesilapan.

Bayar Saman Parking
Payment done.

Bayar Saman Parking
Akan terpapar macamni kat website MBSA selepas pembayaran berjaya.Boleh save atau print transaksi sebagai bukti.

Ingat ye bayaran RM10 hanya diberi dalam tempoh 24 jam sahaja.Lebih dari 24 jam ,sendiri mau ingat.Nampaknya lepas ni aku kena beli tiket parking untuk area Shah Alam,yang aku ada cuma tiket parking area Klang.Jangan ingat kereta depan mata tak kena saman parking.Sedikit kelalaian terlepas pandang kena la saman.Pengajaran untuk aku hari ini.Moralnya bayar la parking walaupun sekejap.Kerana 50 sen terbang RM10.Aku harap perkongsian aku tentang Cara Bayar Saman Parking MBSA online ni dapat membantu sapa-sapa yang kena saman dengan MBSA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...