Isu Coklat Cadbury ada DNA babi

Isu Coklat Cadbury ada DNA babi

Isu Coklat Cadbury ada DNA babi.Agak mengejutkan aku sebenarnya.Sebab aku merupakan peminat coklat tapi bukan tegar biasa-biasa saja.Walaupun bukan semua coklat cadbury yang mengandungi dna babi tapi aku rasa ia dah cukup untuk menjatuhkan kepopularitiannya sebagai sebuah syarikat pengeluar coklat di Malaysia.Yang aku tahu hanya dua jenis produk coklat cadbury yang mengandungi dna babi iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam.Dua-dua aku suka pulak tu.Tapi nak buat macamana kan.Haram tetap haram.Tak tau tak apa.Dah tahu lupakan saja.



Isu Coklat Cadbury ada DNA babi
Isu Coklat Cadbury ada DNA babi

Yang pasti Isu Coklat Cadbury ada DNA babi ini bukannya main-main ataupun fitnah.Ia adalah benar.Dan sudah ia sudah di sahkan oleh JAKIM.Tapi aku pasti ramai pihak yang akan menyalahkan pihak JAKIM.Bagi aku JAKIM sudah pun menjalankan tugasnya dengan sehabis baik.Janganlah kita nak menuding jari pulak.Pihak Cadbury yang harus dipersalahkan 100% kerana menggunakan DNA babi dalam produk coklat mereka.Kita sebagai pengguna islam di Malaysia berhak untuk memboikot Cadbury.Dan produk-produk yang lain sekiranya mereka ingkar dan melanggar peraturan Halal JAKIM.

Okeylah yang berlalu kita biarkan berlalu.Kita ikhtiarkan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga serta masyarakat.Ramai orang memandang serius berkenaan Isu Coklat Cadbury ada DNA babi.Tapi ramai yang tidak serius dalam mencari rezeki yang halal.Apa maksud HALAL?Aku rasa semua dah tahu akan maksud halal kan.Tapi sejauh mana kita ke arahnya.Cuba kita kaji balik sumber rezeki yang kita dapat.Adakah ianya halal atau sebaliknya.Aku yakin mesti ramai yang rasa mual sebab dah termakan DNA babi kan?dan ada yang rasa macamana nak buat untuk membersihkannya.Adakah ianya perlu di samak?Pendapat peribadi aku yang bersandarkan pada ilmu yang serba kekurangan.Sila betulkan jika tersilap.
Disebabkan kita tidak tahu maka tidak perlu di samak dan dibersihkan.Jika dah tahu tapi makan juga perlu berjumpa dengan uztaz-ustaz yang berkelayakan untuk tindakan selanjutnya.Dalam islam babi boleh dimakan dalam keadaan darurat.Tapi sekadar untuk alas perut sahaja.Tapi dalam islam haram makan rasuah ataupun makan riba walau apa jua keadaan.Jadi mana yang lebih berat?Renung-renung sikit.Peringatan ini bukan ditujukan kepada sesiapa pun sekadar perkongsian untuk diri sendiri dan untuk kawan-kawan yang sudi membaca sehingga habis. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...